Saturday, 23 February 2013

tips kesihatan 4: kelebihan berjalan kaki

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
What?? 10,000 ? sehari?? boleh ke?

  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori  = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

Ha.. dengan jalan kaki jek pun.. tak susah pun kan? Wink!

KENAPA KITA KENA JALAN KAKI?

Jawapan yang simple

  1. Dapat mencegah risiko darah tinggi dan strok ini disebabkan tekanan darah menjadi lebih terkawal bila kita menapak.
  2. Mengurangkan risiko sakit diabetes. Ini kerana bila kita berjalan keupayaan badan untuk memproses gula akan meningkat dengan lebih baik seterusnya akan membantu melancarkan aliran darah.
  3. Mengurangkan risiko sakit jantung, sebab masa kita berjalan kalori yang terbakar  dapat merendahkan paras kolesterol.
  4. Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan yang slim, berketak dan menarik. ( ni yang aku suka ni.. aku rasa abang ketaq pun suka ni.. ahaksss.. )
  5. Dapat mengurangkan stress. Ini kerana bila kita berjalan ia dapat merangsang penghasilan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Selain sambil berjalan mencuci mata  pun membantu menghilangkan stress jugak.
  6. Otot badan dan tulang menjadi lebih kuat dan ini mengurangkan risiko osteoporosis. Tahu osteoporosis? Bukan fotosentesis yek! Osteoporosis ialah satu kondisi dimana tulang menjadi reput. Macam Ali Baba berkata kepada isterinya.. “Kanda ni bukan malas.. cuma tulang kanda ni dah reput” sambil memusing-musingkan pergelangan tangannya.. kriakk.. kriuk.. kriakk.. kriuk.. ekeke…
  7. Berjalan juga dapat mengimbangkan kestabilan tubuh terutama pada golongan warga emas. Tapi tak kan nak tunggu jadi warga emas baru nak mula kan?Itupun kalau sempat.
from: http://madammondoq.com

No comments:

Post a Comment