Sunday 2 August 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha 1441

Sapa pun tak teringat nak bergambar... Bila dah petang... Dah pakai baju tak raya... Kakwan pun dah balik... Baru teringat... Itupun Sbb nak send kat abg uda yg tak dapat  balik

Dari kiri:aku, kak ana(kak ipar),  mak dan kak (Hasnah)

Kanan sekali...  Abang ku(Khalid)

Gambar ramai2 1

Gambar ramai2 2

Gambar ramai2 3

Program -.Outdoor games Pelajar JKE - The Avengers Revenge


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Program "Outdoor Games" ini diadakan sebelum PKP (11.3.2020)
ini adalah untuk meningkatkan semangat pelajar2 Jke PTSB yang agak sederhana pencapaian mereka. Sepatutnya Program ini diadakan juga bagi pelajar sederhana semua jabatan... Namun,  PKP menyebabkan Program untuk jabatan lain  terpaksa DIBATALKAN....

Bermula dengan sesi pembahagian kumpulan: 

Sesi pembahagian kumpulan juga agak unik, setiap pelajar yang hadir diberi kad yang mempunyai gambar watak dalam "The Avengers Revenge". Kumpulan yang dibentuk adalah dengan pelajar mencari 10 rakan dengan gambar yang tidak sama bagi setiap kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan kain yang sama untuk mengenali kumpulan masing2



Seterusnya bergerak ke lokasi games


Semua kumpulan MESTI menyelesaikan 4 aktiviti yang telah disusun...
Untuk mengelakkan kesesakan pada satu-satu stesen, telah ditetapkan pada kertas arahan  jujukan bagi setiap kumpulan perlu pergi ke stesen  mana dan seterusnya...

 rmai jugak yang tak hadir... kami dapat membentuk 11 kumpulan


Bukan senang  nak plan buat program motivasi ni taw...

penin jgk kepala nak pikiq... Dengan duit peruntukan yang sangat sedikit...
Kebnyakan item buat sendiri... Contohnya, item untuk kenalpasti setiap ahli kumpulan dengan memberi kain yang samapun.. aku telah mengorbankan banyak tudung2ku... dan gunting sendiri...
Item untuk membuat kad dan batu permata bagi kumpulan the avangers, dibuat oleh adik kesayangan yang comei... ida shafinar... kemudian pelajar2 kelasku (DET5A) telah bertungkus-lumus sebagai AJK duk laminat benda alah ni..

Stesen A: membuat kapalterbang daripada kertas 
Pelajar membuat kapalterbang mengikut kepala mereka sendiri...
Namun ada seorang wakil(KETUA) yang ditarik untuk mempelajari kaedah yang betul membuat kapalterbang kertas...Setiap individu yang gagal melepasi target yang diberi, perlu belajar kaedah betul membuat kapalterbang dengan KETUA




Stesen B: menyelesaikan figura tertentu
Masa ditetapkan... hanya 2 minit bagi menyelesaikan setiap figura... Setiap kumpulan diberi dua assessment figura.

Stesen C: menyelesaikan jawapan bagi 4 Soalan elektrik n elektronik ...
Soalan yang diberi tidaklah begitu susah, namun untuk mengisi jawapan pada kertas mahjung... TIDAK BOLEH MEMEGANG PEN, perlu menggunakan tali yang telah diikat pada empat penjuru... Jadi kerjasama ahli kumpulan sangat2 penting... susah taw


Stesen D: bergerak dengan selamat walaupun ada rintangan..
. Menganggap mereka berada di angkasa lepas yang gelap... kerana mata MESTI ditutup...
Ada halangan2 komet yang boleh menghalang perjalanan mereka... Rakan sepasukan perlu menunjuk arah kawan yang ditutp mata..




sebelum acara penyampaian hadiah, pihak AJK Kecemerlangan Pelajar JKE iaitu
Pn ida Shafinar dan Pn Roshima telah memberikan maksud dan hikmah di sebalik semua aktiviti yang diberi...

STESEN A
STESEN B
STESEN C
STESEN D

Acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan, 

yang menang dan kalah...SUMER DAPAT HADIAH, Yg menang mesti la bagi lebih sikit......walaupun murah... Tapi kami dari Unit Kecemerlangan Pelajar , ingin memberitahu pelajar2 yang mereka sentiasa dihargai..