PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA
Aku hanyalah insan kerdil yang penuh dengan kelemahan. Siapa lah aku untuk menjamin kehidupan ku di akhir hidup apatah lagi di akhirat kelak.
Sahabat2 ku semakin hari semakin ramai yang meninggalkan alam fana ini .. Berdebar rasa di hati siapakah calon seterusnya.
Sebenarnya, keredaan Allah SWT dan Rasul-Nya sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang manusia, sama ada mulia atau hina. Malah keredaan Allah SWT dan Rasul-Nya itulah keredaan yang hakiki. Ia patut dicari oleh setiap manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Mereka bersumpah kepada kamu dengan (nama) Allah untuk mencari keredaanmu, padahal Allah dan rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredaannya jika mereka adalah orang-orang yang Mukmin." (Surah al-Taubah ayat 62).
Sebenarnya usaha untuk mendapatkan keredaan Allah SWT ini bukanlah sesuatu yang mudah dan dipandang ringan. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya." (Surah al-Baqarah ayat 207)
Kesimpulannya, diriku tidak sepatutnya risau dengan bila, di mana dan bagaimana tibanya kematian, tapi risau jika tidak mendapat keredhaan Allah, itu yang utama...
Ya Allah, semoga aku, keluargaku dan seluruh orang-orang Islam sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Mu. Aamiin ya Rabbal'Aalamin..