Saturday 24 February 2024

Minggu keempat: motor control & drives

 Masih lagi dc motor, tapi kali ini kita tengok pula jika menggunakan solid-state drives. Rectifier dan chopper.


Rectifier hanya tengok balik half-wave rectifier dan full-wave rectifier





Lepas tu tengok chopper, bermula dengan
1. time ratio controlled


Kemudian current limit controlled



Pastu, type of choppers: class A, B, C , D dan E



Class A

Class B

Class C

Class D

Class E


Tuesday 20 February 2024

Minggu ketiga, banyak lagi kerja yang terdelay

 Antara kerja yang belum selesai:

1. Jadual kerja bengkel (JKB) 2 kelas 

Ni jadual sesi lepaih


2. Platform CIDOS 

3. CQI dan minit mesyuarat semester lepas bagi kursus motor control & drives 

4. Meeting dengan polyskill (dgn penyelaras jabatan)

5. Meeting anugerah pelajar cemerlang untuk konvokesyen 2024 dan untuk pencalonan biasiswa KPT

6. Program jom score sesi 2:2023/2024- memo untuk dapatkan senarai pelajar yang hpnm kurang 2.5 (mentee) dan lebih 3.5 (mentor), matchkan mentor mentee, lantik pensyarah pemantau, setkan hari untuk majlis pembukaan & taklimat. 

7. Memantau program Fira

8. Memantau program SPAK ( SISTEM PENASIHAT AKADEMIK)

9. TENGOK balik rubrik untuk generic skill. Kena oter balik 

10. Gubal Soalan quiz 1, quiz 2, test dan EOC.

11. Penyediaan bagi ceramah kaedah study yang berkesan.

12. Pengarah mintak tanya azliza syah, nak masuk ka polyskill- florist



Banyak nyer keje..  huhu






Minggu ketiga: meeting pemilihan polyskill

Kalau nak diikutkan, di PTSB ni kelebihannya, 10 bidang polyskill nak masuk.



Jadi, masa meeting dengan tuan pengarah petang tadi, kita telah bersetuju menghantar bidang polyskill seperti di bawah: 

JKE - DRONE INSTALLATIONS DAN ELECTRONIC SOLDERING 

JKA - BRICKLAYING DAN PAINTING

JP - ACCOUNTING

JKM- CAD, WELDING DAN MECHATRONICS

8 bidang tu .. 







Minggu ketiga: motor control & drives

 Minggu ni aku belum memulakan amali. Ini adalah kerana masih ada pelajar yang baru muncul minggu, taktau la pasaipa. Jadi waktu amali pun buat teori .


Jadi, 2 jam pertama, aku masuk chapter 2. Ajar tentang kelebihan dan kekurangan dc motors. Kemudian ajar speed control of dc motor yang paling simple, iaitu 1. Adding armature resistance, 2. Adjusting armature voltage, 3. Adjusting field voltage.

Bagi yang pertama tu, kita add saja Adjustable resistance sesiri dengan armature, and then bila kita akan check speed when the resistance is varied. Senang jer kan... If the resistance increase, then the speed decrease.




Yang kedua pula, adjustable armature voltage. This method is very simple and very efficient to control the speed. When the armature voltage increase, the speed increases. In summary, the speed is proportional to armature voltage.





The last one is adjusting field voltage. When the field voltage increase, the speed reduce.


2 jam berikutnya, Untuk latihan pengiraan, bagi 2 example questions for them to solve .










Sunday 18 February 2024

Menyelia pelajar projek 1: minggu ketiga



Khamis ini ada minggu ketiga, sepatutnya student projek dah jumpa 3 kali. Tapi minggu pertama cuti israk mi'raj, dan aku pulak mc minggu tu sebab masih belum sihat setelah pulang daripada mengerjakan umrah.

Aku ingat minggu kedua adalah untuk membantu mereka memastikan menyediakan tajuk FYP yang sesuai. Tapi tup2 depa ada bengkel penulisan projek. Jadi tangguh minggu ni lah.

Nampaknya agak terlewat bagi pelajar menyediakan tajuk mereka. Tapi takpelah baru projek 1.  Khamis ni mereka mesti dah beli logbook. Aku juga dah mintak mereka menyediakan 3 tajuk dan aku selaku sv akan bersama-sama mereka memilih tajuk FYP.

Mudah-mudahan pelajar2 yang aku dapat ni adalah pelajar yang mahu belajar dan boleh berdikari.