Saturday 20 November 2021

Anniversary yang ke 27 dah...




Tak sangka ... hari ni anniversary yang ke 27.. 

Dulu2 kawen pilih tarikh ni sebab cuti sekolah.. Aleh2 sedih jugak kerana arwah tok (masa tu masih ada) rupa2nya pi mekah buat umrah... Kakak sulung pulak pi berkursus (pengetua pun tak boleh consider ka, adik bungsu comey kut yang kawen ni)... kakak keduapun tak balik... Abang Tan, anak ke2 masa tu single... abg uda masa tu baru ada ummi, anak saudara kecik lagi, baru setaun... duk nangih ja... Jadi abg uda n isteri duk mengasuh anak dia jer la...

Jadi bayangkan perasaan raja sehari ni...
(masa kakak2 dan abang2 kawen teruk kut aku buat kerja... hihi...alamakk.... abih dah pahala aku)

Byk la kerja aku kena buat walaupun jadi raja sehari.  Seminggu sebelum kawen duk jahit langsir... rumah mak byk sangat tingkap..hihi... Pastu, kemas rumah... malam tu duk mop lantai lagi sebab esok kenduri.. Masa tu, rumah mak ayah ni byk pulak burung duk menumpang buat sarang... Jadi terpaksa bersihkan jugak... Najis la.. bulu burung la.. Malu kat tetamu nanti..

 Dah tak macam raja lah... Malam selepas kenduripun aku terpaksa duk panaskan, lepas tu hidang makanan untuk tetamu, ramai jugak lebihkurang 7-8 orang, duk angkut makanan setiap kali waktu makan, sampai ayaq mata pun dah keluar... Rumah mk  ayah besar sangat, jadi jauh betul nak angkat makanan... daripada dapur, naik tangga pastu jalan sampai anjung... Lepas makanpun aku terpaksa basuh semua balik sebab esok tinggal mak sorang2 nak mengemas, kesian pulak...

Raja sehari pulak yang kena buat semua kerja...Sediakan tempat tidur tetamu... sebab esoknya kenduri di pihak pengantin lelaki... Sampai sakit pinggang...

Yer la... kita kena ikhlas kan buat kerja... tapi bila sorang2 kena buat kerja pada hari bersejarah... dalam keadaan tak berapak nak rela... kenangan sekali seumur hidup...kan...kan...

Bila pi rumah pengantin lelaki, maklang teman..., Isteri paklang, abang ayahku...dia ni biras mak, aka dua pupu mak...  Malam tu tidur dengan maklang...

Sekarang dah tinggal sejarah...

Alhamdulillah... anak sulung pun dah 26 tahun, masih belajar kat UniMAP, kedua 24 tahun, masih duk cari kerja balik dari Sydney dan ketiga 20 tahun, masih belajar tahun ke2 di UM...




Wednesday 17 November 2021

Puisi: air, angin,tajam, cahaya - Menuju Redha dan Cinta-NYA

Jika rasa sedih itu adalah AIR, 
biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Jika rasa sedih itu adalah ANGIN

biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, 

biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Namun,

Jika rasa sedih itu adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, 

 biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai  cahaya keindahannya itu..
Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...

 

Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...

Hobi-hobi menarik yang berfaedah

Dalam dunia ni Allah dah takdirkan berbagai-bagai hobi dan pekerjaan. Sesetengah makhluk itulah pekerjaannya sama ada sebagai sumber mencari rezeki atau apa-apa keperluan, tapi bagi sesetengah manusia itu adalah hobinya.

Akupun banyak sebenarnya hobi yang selalu berubah. Satu ketika dulu aku suka beli majalah hiasan dalaman, masa tu anjung seri je ada dalam pasaran. Aku juga suka berkebun, tanam pokok jagung, sayur2... bayam, sawi, kangkung, tomato... tapi hasilnya aku bagi kawan2 je. Last aku tanam, pokok ubi kayu... Byk jugak hasilnya... Ubi dapat dipungut, lebihkurang 2 baldi air yang besar... bagi kat mertua dan jiran2 mertua... Tapi pokok mati sebab ada anai2...Sedihnya rasa bila tanah kat tepi rumah tu sekarang dah dijajah oleh anai2...mana taknya... beli rumah corner lot sebab nak berbakti pada tanah... terpaksalah cari hobi lain...

Antara hobi aku juga belajar, tengok internet, baca puisi... dan banyak lagi lah...

Menulis ni pun salah satu hobi aku jugak... Walaupun mengarang tak kreatif pun... belasah je la..hihi

Faedah Hobi:
  • Mengisi masa lapang
  • Menyihatkaan tubuh badan
  • menambahkan ilmu pengetahuan
  • Memupuk nilai murni

Jom kita tengok hobi2 yang melambak dalam dunia fana ni...


https://leverageedu.com/blog/what-are-your-hobbies/

ANTARANYA:

Sukarelawan
Lukisan/Lakaran
Menulis blog
fotografi
seni dan kraf
Jurnal
Mana-mana sukan seperti Kriket, Bola Sepak, Bola Keranjang, dll.
Memasak/Membakar
Membuat DIY anda sendiri: Kraf, kaligrafi, dsb.
Hiasan rumah
Membaca
Mendengar genre muzik tertentu 
Podcasting
Menari
Melancong dan aktiviti luar
Kerja sosial
Berkebun
Belajar bahasa baharu
Bermain muzik 
Yoga
Seni mempertahankan diri

Alamak... terlupa nak bgtau...mcm mana aku ni taksub sangat bila baca majalah tu..

Sanggup aku menelaah berjam2... Memang tak rugi duit lah...

Contoh:(bukan kisah sebenar)
Kalau dalam majalah bulan 1 cerita rumah si A,

 Bulan 4 tetiba ada pulak cerita rumah si B... Aku boleh tahu tau mereka ni berjiran... mukasurat pun aku ingat... 

Tapi sekarang ni aku dah tak menelaah sangat dah majalah hiasan dalaman ni... Tengok-tengok gitu jer...

Otai2 ni banyak kan ibadah pulak...huhu



Monday 15 November 2021

Bila ujian bertimpa2- yakinlah dengan perancangan Allah




Yakinlah wahai diriku,
Perancangan Allah yang terbaik...

Sepatutnya aku jaga mak seminggu, ni baru 5 malam dah tak berani balik kampung...
Malam tadi stay ja kat kulim bila dapat tau staf JKM positif covid...

Sudahlah hasben ni mudah dapat selsema...
Risau jugak.. mak yang dah uzur... lagilah mudah berjangkit ... نعوذ بالله من ذلك..
Terpaksa mintak tolong kakwan yang mengajar di SMK Raja Lope untuk menjaga mak. Kesian kat kakwan... 

Dua tahun lepas, patah tulang belakang, ni bila jatuh lagi 2 bulan lepas, keadaan makin serius. .. Rajin sangat... pi menebas la pulak rumput kat depan rumah... sekarang terpaksa pakai pampers n kalau nak pi bilik air pun guna kerusi roda... Itupun jenuh jugak nak naik ataih kerusi roda... sebab sakit tulang belakang kan...

Ingatan mak pun macam terganggu... Solatpun kena monitor, bacaan dan rukun...



InsyaaAllah aku cuba ganti balik jika keadaan mengizinkan

Jadual penggililiran jaga mak pun dah semakin cepat tiba sebab kakak sulungku terpaksa dikeluarkan daripada senarai...

Kak akan menjalani operation kanser mulut di HKL esok... InsyaaAllah semua akan selamat...
Semoga Allah permudahkan urusan pembedahan kak.. Baru 3 tahun pencen... Dulu pengetua SMK Sri Kurau... Kakak ni lah tempat aku mengadu segala hal kalau ada  masalah. Selalunya apa saja suggestion dia akan aku patuhi sebab selalunya memang rasional lah dia punya pandangan... baik dari segi agama mahupun logik akal...

Ya Allah...
Permudahkan urusan kakakku..

Abang uda juga telah balik ke Klang sebab ada appointment dengan doktor pakar di Putrajaya..
Semoga abang uda akan cepat balik kampung... 

Aku n kakwan ja yang masih kerja... Adik-beradik yang lain dah pencen...