Sunday, 29 June 2025

Benchmarking UTM KL fakulti artificial intelligence

 Staf JKE bertolak ke KL pada 18 Jun 2025 8 am. Oleh sebab mlm sebelum tu aku masih menjaga mak di parit buntar, jadi aku cuba sedaya upaya untuk sampai Kulim pada masa yang telah ditetapkan. Bangun subuh, makan biskut sedikit, lepas tu baru mandi dan solat subuh. Kemudian aku bergegas ke tempat mak tidur dan membawa mak ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Setelah bagi mak solat aku cepat-cepat bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah aku tiba 7.59 am di tempat parking bas. 

Kami berhenti rehat sekali sahaja di RNR sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Sampai di Selangor kami makan di restoran Saba. Makanan Arab. Setelah itu kalau ikutkan perancangan, kami akan ke kolej komuniti Selayang, tapi atas beberapa kekangan, kami tidak dapat melawat KK Selayang. Kami check in hotel Maluri. Tapi sebelum tu makan malam kat IOI mall. Besarnya kompleks shopping ni.




Esoknya selepas sarapan di hotel, kami bergerak ke UTM KL. Aku adalah alumni UTM KL, berbagai rasa bercampur baur, kerana setelah tamat degree, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke UTM ni. Begitu banyak perubahan, fakulti elektrik pun telah lama berpindah ke Skudai. Kami buat benchmarking ke fakulti artificial intelligence ya, bukan fakulti elektrik. 

Kami disambut mesra oleh staf dan lecturer fakulti tersebut. Malah mereka sangat menghargai kehadiran kami. Dua kali kami dijamu, dengan sarapan pagi, kemudian makan tengahari pulak. Akhirnya kami bergambar kenangan sebelum berangkat pulang. 



Tetapi aku tak balik sebab dah janji dengan anak2, Hidayah dan Sakinah untuk stay lagi 2 hari di KL. Kami menginap di hotel yang sama. Sakinah bawak kakaknya hidayah dan mamanya jalan-jalan. 



Sakinah bawak kami berdua ke isetan... Sebab tak boleh masuk tempat kerja adik bangunan Maxis sebelah belakang kanan isetan tu...



G@z@ sekali lagi cuba dimusnahkan

 

Penyiksaan apa lagi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Gaza, bukan hanya untuk mendapatkan makanan penuh dengan pelbagai cabaran, khemah dibom, didatangi dron pembunuh. 

Gambar: Orang awam yang mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan makanan 

Apabila melihat gambar memaparkan kerosakan di Israel, sedikit ketenangan dalam jiwa kerana sekurang-kurangnya mereka merasai sedikit erti kesengsaraan di Gaza yang mereka tindas.

Terdapat penduduk yang keluar untuk mendapatkan makanan buat keluarganya namun pulang dalam keadaan cedera parah atau hanya jenazah yang kembali. Apa tidaknya, jika ketika menunggu bantuan di pusat agihan bantuan yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat-Israel di Gaza, askar Israel akan menembak rakyat Gaza yang kelaparan itu.

Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Jumaat mendakwa pusat agihan bantuan yang disokong oleh Israel dan Amerika Syarikat telah mencampurkan pil narkotik ke dalam beg tepung yang diedarkan kepada penduduk Gaza yang terjejas teruk.

Kenyataan rasmi menyebut bahawa tindakan ini merupakan jenayah keji baharu yang menyasarkan kesihatan awam serta cuba memusnahkan struktur sosial masyarakat Palestin dari dalam.


Gambar: penemuan pil dadah dalam tepung yang diberikan kepada rakyat G#z#

“Kami menyatakan bahawa Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas jenayah ini yang bertujuan menyebarkan ketagihan dan memusnahkan masyarakat Palestin,” kata kenyataan itu.

Ahli farmasi dari Gaza, turut mendakwa bahawa Israel telah menyeludup dadah jenis Oxycodone ke dalam Gaza melalui beg-beg tepung bantuan. Lebih membimbangkan, katanya, tepung itu sendiri dipercayai telah dicampur dengan bahan tersebut.