Thursday 11 June 2015

Frequently Asked Questions (FAQ) tentang IB (International Baccalaureate)

Sumber: http://www.kmb.edu.my/index.php/faq

Apakah yang dimaksudkan dengan Program IB ?

  • IB adalah singkatan bagi International Baccalaureate yang merupakan program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ibo.org

Apakah badan yang mengendalikan Program IB ?

  • Program IB dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Pejabat yang menguruskan semua hal berkaitan dengan peperiksaan dan kurikulum IB iaitu IBCA, terletak di Cardiff, United Kingdom.
  •  
  •  

Apakah misi International Baccalaureate Organization (IBO) ?

  • IBO bertujuan merangsang sikap ingin tahu, mengembangkan pengetahuan dan memupuk sifat bertimbang rasa dalam membantu melahirkan dunia yang lebih aman dan bermakna melalui persefahaman antara budaya dan sifat saling hormat-menghormati.

Adakah penawaran Program IB terhad di negara-negara tertentu sahaja ?

  •  Tidak. Sehingga April 2009, terdapat 2605 IB World School yang menawarkan program IB di 134 negara.

Apakah bahasa penghantar yang digunakan dalam Program IB ?

  •  Tiga bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol. Bahasa penghantar yang digunakan di Kolej MARA Banting ialah Bahasa Inggeris.

Adakah IB mempunyai wakil untuk menyelaraskan perlaksanaan Program IB yang ditawarkan di tempat lain ?

  •  Ya. Contohnya aktiviti program IB yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah di negara-negara Asia Pasifik adalah di bawah penyeliaan 'Regional Office, International Baccalaureate Asia Pacific (IBAP)' yang beribu pejabat di Singapura.

Selain daripada Kolej Mara Banting, Apakah institusi lain yang menawarkan Program IB di Malaysia ?

  •  Kolej Mara Banting merupakan institusi terulung yang menawarkan program IB di Malaysia untuk pelajar-pelajar tempatan. Institusi lain yang juga menawarkan program IB ialah International School of Kuala Lumpur, Mont Kiara International School, International School Penang (Uplands), Sri KDU dan Kolej MARA Seremban.

Apakah Kurikulum IB ?

  • Kurikulum IB boleh dipaparkan melalui bentuk heksagon yang mewakili 6 bidang akademik mengelilingi satu pusat. Pelajar didedahkan kepada 2 tradisi agung pembelajaran : sains dan kemanusiaan.

  • Kumpulan 1 - 'Language A' (bahasa ibunda), termasuk Kajian Sastera Dunia yang terpilih. Subjek yang ditawarkan ialah Malay A1.
  • Kumpulan 2 - 'Language B' (bahasa kedua), Subjek yang ditawarkan ialah English B, Arabic ab initio.
  • Kumpulan 3 - Individu dalam Masyarakat, Subjek yang ditawarkan ialah Business & Management, Economics dan Information Technology in a Global Society (ITGS).
  • Kumpulan 4 - Sains Amali, Subjek yang ditawarkan ialah Biologi, Kimia, Fizik.
  • Kumpulan 5 - Matematik, Subjek yang ditawarkan ialah Matematik.
  • Kumpulan 6 - Subjek yang ditawarkan ialah subjek-subjek daripada Kumpulan 3 atau Kumpulan 4.
Selain daripada subjek-subjek di atas, 3 komponen tambahan yang diwajibkan ialah :
  1. 'Extended Essay' of a subject offered in the curriculum IB.
  2. 'Theory of Knowledge' (ToK).
  3. 'Creative, Action and Service (CAS).

Bagaimanakah kombinasi subjek ditentukan ?

  •  Para pelajar yang mengikuti dan memenuhi syarat program IB di Kolej Mara Banting akan menerima Diploma IB. Setiap pelajar dikehendaki mempelajari 6 subjek: satu subjek daripada tiap-tiap kumpulan 1-5 dan subjek keenam dipilih daripada kumpulan 3 atau 4 atau 6. 

     Daripada 6 subjek di atas, pelajar mestilah mengambil 3 (tidak melebihi 4) daripada subjek tersebut pada peringkat 'higher level' dan 3 (tidak kurang dari 2) pada peringkat 'standard level'.

  • Pengambilan subjek-subjek 'higher level' berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah nanti.

Apakah perbezaan di antara subjek 'Higher Level' dan 'Standard Level' ?

  •  Berbanding dengan subjek 'standard level', subjek 'higher level' mempunyai lebih jumlah 'option' dan lebih pilihan soalan dalam kertas peperiksaan. Jumlah peruntukan masa bagi subjek 'higher level' juga lebih iaitu sebanyak 240 jam kuliah. Ini berbeza dengan masa perjumpaan minima bagi subjek 'standard level' iaitu sebanyak 150 jam sepanjang tempoh 2 tahun.

Mengapakah pelajar perlu mempelajari sastera dunia Malay A1 ?

  •  Untuk menggalakkan pelajar mendalami budaya masing-masing. Pelajar seharusnya berbangga dengan warisan sastera bahasa ibunda dan pada masa yang sama menghormati budaya masyarakat antarabangsa. Pembelajaran Sastera Dunia ('World Literature') dapat memanfaatkan pelajar IB dari sudut perspektif global. Ia memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan 'world spirit' melalui keunikan peluang yang ditawarkan oleh bermacam kaedah apresiasi yang mana budaya mempengaruhi dan membentuk pengalaman hidup manusia sejagat.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Extended Essay' ?

  •  'Extended Essay' merupakan komponen dalam kurikulum Program Diploma IB yang mewajibkan pelajar menulis esei sepanjang 4000 patah perkataan berdasarkan topik kajian yang dipilih. Ia bertujuan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjalankan penyelidikan mengenai topik yang diminati. Melalui penghasilan 'Extended Essay', pelajar dapat membiasakan diri dengan penyelidikan kendiri dan penulisan akademik yang dipraktikkan di peringkat universiti. IBO mengesyorkan pelajar menumpukan 40 jam untuk tujuan penyelidikan dan penulisan esei. 

Apakah kepentingan 'Extended Essay' ?

  1. Pertama, memandangkan ia adalah komponen wajib, kegagalan menghantar 'Extended Essay' bermakna pelajar tidak layak memperolehi diploma.
  2. Kedua, melalui pengalaman, kami mendapati pihak universiti sentiasa cenderung terhadap 
  3. penghasilan 'Extended Essay' dan bagi sesetengah kes, ini menjadi faktor utama dalam membantu pelajar memperolehi kemasukan ke bidang kursus yang mencabar seperti perubatan.
  4. Ketiga, maklumbalas daripada bekas pelajar menunjukkan pengalaman menghasilkan 'Extended Essay' semasa mengikuti program IB membantu dalam menghasilkan mini-tesis pada peringkat universiti memandangkan mereka telah pun mempunyai asas teras penyelidikan kendiri.