Tuesday 2 August 2022

Taklimat OBE (DK DP NA) di PTSB

Taklimat OBE di PTSB  telah dijalankan semalam iaitu pada 1/8/2022 di PTSB. Ianya melibatkan semua penyelaras2 kursus di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bukan hanya PTSB sahaja malah pensyarah daripada politeknik berdekatan juga turut hadir iaitu POLIMAS dan PUO.

Namun yang paling menggembirakan hati ini ialah dapat reunion dengan kawan2 daripada POLIMAS setelah sekian lama tidak berjumpa.

Gambar kenang-kenangan:








PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI 2 2021/2022

Majlis penutup PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI  2 2021/2022 telah dilaksanakan dengan jayanya . Melibatkan seramai 28 orang mentor yang terdiri daripada pelajar yang mendapat HPNM 3.5 ke atas. Mentor2 ini telah diamanahkan untuk membimbing lebihkurang 50++ mentee yang telah diagihkan di kalangan mentor daripada program yang sama supaya proses tuorial menjadi lebih berkesan. Sepatutnya program ini berjalan selama 7 minggu sahaja tapi disebabkan mentor tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu 3 kali pertemuan pembelajaran dengan mentee, maka program telah dilanjutkan 2 minggu. Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI  2 2021/2022 ini  dan majlis penutup telah diadakan secara bersemuka pada 30/6/2022.


Bergambar kenang-kenangan di antara mentor2 yang hadir, TPA, KAUNSELOR DAN AJK2...

Hanya 14 pelajar mentor yang dapat hadir pada majlis penutup tersebut.




Salah seorang mentor sedang menerima sijil