layari juga Jangan buat hal time mula2 masuk kerja
Antara perkara utama yang akan ditikberatkan adalah:
1. Menjauhi tempat tidur atau zon yang sangat selesa
Aku ni memang kaki tiduq...jadi apabila bekerja dari rumah, aku perlu jauhkan diri dari katil dan tilam .. melainkan sewaktu semangat dalam diri sangat berkobar - kobar menyelesaikan sesuatu tugasan. Waktu ni mai la apa cobaan pun aku dah tak lut...orang kata la...ceewwwahhh...
2. Aktiviti senaman ringan
Aktiviti ini penting untuk mengelakkan diri daripada mengantuk atau malas.. Tapi aku bukan nya nak buat senaman yang susah2 pun... cukuplah sekadar regangan dsbnya..
3. Memeriksa jadual waktu kelas yang diajar
Jadual ini penting dilihat dari diikuti supaya pelajar tidak ketinggalan dalam proses p&p
Ini belum lagi termasuk assessment wajib yang perlu disediakan dan diberi kepada pelajar untuk tempoh waktu yang aku tetapkan. Di samping itu aku perlu menyediakan platform untuk para pelajar menghantar setiap assessment yang telah siap. Selalunya aku selesa menggunakan Microsoft Team sebagai media penghantaran mereka
4. Menyediakan jadual waktu ringkas untuk diri sendiri
Setelah menyemak jadual waktu kelas, aku akan menyediakan satu jadual pekerjaan ku. Jadual ini adalah berbentuk mingguan sahaja.
Jadual ini aku hanya tulis secara tidak formal. Sebab aku malu kat diri sendiri kalau2 aku tak ikut pun jadual ini. Jadual ini juga kutetapkan supaya tidak terlalu padat... Al maklumlah duk di rumah ni, tak boleh nak buat tak tau dengan kerja rumah. Jadual ini juga boleh berubah bergantung kepada keperluan semasa.
5. Sentiasa menyemak semula tugasan yang perlu dilakukan segera
Selalunya bos akan memaklumkan kepada staf jika ada keperluan untuk update sesuatu melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Jadi jadual waktu nombor 4 akan berubah secara drastik jika tugasan memerlukan masa yang panjang dan segera.
5. Menulis laporan bekerja dari rumah di dalam e-BDR yang telah disediakan oleh pihak unit sistem maklumat. Pukul 4 adalah untuk update laporan setiap hari...
Tips yg hebat when work from home boleh diperolehi dari lama web di bawah:
https://toggl.com/track/time-management-techniques/
Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
puisi-tangisan-mata-bunda
puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
coretanku-mak-mak-memang-hebat
muhasabah-pagi
puisi-tangisan-mata-bunda
puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
coretanku-mak-mak-memang-hebat
muhasabah-pagi
.