Friday 2 February 2024

MUHASABAH DIRI: PERJALANAN MENGERJAKAN UMRAH

 Hati berdebar debar apabila tarikh penerbangan semakin hampir. Mana tidaknya, lama sangat dah tak ke tanah suci. Rasanya dah 18 tahun selepas mengerjakan haji pada 2005-2006 dulu. Akibat disibukkan oleh hal2 keduniaan sehingga lengah ke tanah suci lagi.











Bila menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, terkejut nya rasa, dah tak macam dulu, manusia semakin ramai di setiap masa dan ketika.


Alhamdulillah, dengan pakej Andalusia yang dipilih berdekatan dengan Masjidil Haram, jadi tak lah jauh mana. Perjalanan pergi-balik sepanjang mengerjakan solat di Masjidil Haram walaupun singkat sebab dekat sangat, hotel safwah orchid yang terletak dekat bangunan jam besar tu. Jadi untuk ulang alik taklah susah, tapi manusia yang begitu ramai kadangkala terlupa juga jalan pulang. Pintu masuk dan keluar sentiasa berubah ubah kerana proses pembinaan yang tidak pernah selesai.

Begitu juga sepanjang program ziarah yang menjalinkan ukhwah sesama jemaah yang saling melengkapi.



Mutawif dan Ahli-ahli jemaah yang sangat baik dan banyak membantu telah menjadi kan pengalaman umrah ini begitu bermakna.

Penghijrahan ke Madinah sekali lagi mengejutkan diri ini kerana tempoh perjalanan yang begitu singkat berbanding 18 tahun lepas.

Electric train "Haramain High Speed Railway'' yang mencapai sehingga 300km/jam menunjukkan kerajaan Saudi Arabia bersungguh sungguh untuk memudahkan laluan jemaah masakini yang semakin bertambah dari hari ke hari. Kami bertolak pada pukul 16.20pm dari Mekah dan tiba di Madinah pada 18.45pm.

Terima kasih kepada semua pihak sama ada Andalusia atau kerajaan Saudi Arabia yang cuba memudahkan jemaah. Malah kehadiran Mutawif yang begitu proaktif menyebabkan proses pengenalan dan umrah menjadi lebih mudah. Alhamdulillah. Setiap cabaran dan rintangan hanya lah ujian kecil yang Allah kirimkan lepada hamba Nya yang kerdil ini dan tahap keimanan yang begitu nipis kadangkala mengundang sedikit keluhan di hati kecil ini.

Semoga Allah menjemput lagi diri kerdil ini pada tahun tahun yang akan datang... Aamiin ya Rabbal'Aalamin.


Kenangan: Sesi encik suami berposing

Gambar kenangan encik Suami berposing dengan electric train selepas tiba di Madinah daripada mekah (27.1.2024).





Alhamdulillah, dah sampai rumah

 Rumah masih berselerak...tak larat nak kemas lagi....

Baju kotor pun berlambak yang belum dibasuh....



Thursday 1 February 2024

Berehat di KL

 Letihnya rasa bila dah sampai KL, rasa macam demam pun ada, kaki dah mengelupas dan ada sedikit rekahan... Rehat lah dulu kat hotel




Wednesday 31 January 2024

Nak balik dah ke Malaysia

 

Sesi meletakkan beg di level 1 hotel al Rawda Madinah



Sesi menunggu di Madinah airport




Dah nak departure


Tuesday 30 January 2024

Monday 29 January 2024

Menziarahi tempat peperangan dan makam para sahabat semasa peperangan Uhud

 

Pemandangan bukit Uhud





Bergambar berlatar belakangkan bukit Uhud
Bergambar di makam para sahabat yang meninggal dunia semasa peperangan Uhud

Perang Uhud adalah peperangan yang tercetus antara kaum Muslimin dan kafir Quraisy pada tahun 625 M (Syawal, 3 Hijriyah). Perang ini berlaku setahun selepas Perang Badar. Pasukan Islam berjumlah 700 orang berhadapan dengan pasukan kafir Quraisy seramai 3,000 orang.

(Asalnya terdapat 1000 orang pasukan Islam, tetapi Rasulullah telah menyuruh beberapa kanak-kanak dan kaum munafiq pulang sehingga jumlah tinggal 700 sahaja. Antara asbab kenapa kaum munafiq telah diperintahkan pulang adalah kerana kewujudan mereka hanya akan menyebabkan pasukan tentera Islam lebih kacau bilau kerana mereka tidak akan menuruti perintah baginda)

Umat ​​Islam dipimpin secara langsung oleh Nabi Muhammad SAW. Manakala orang-orang kafir yang diketuai oleh Abu Sufyan membawa 3,000 tentera yang lengkap dengan baju besi dan kuda. Ia dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku berhampiran Bukit Uhud, 4 batu dari Masjid Nabawi di Madinah.

Pasukan Rasulullah SAW menang pada permulaannya, tetapi apabila para pemanah yang sebelum ini diarahkan untuk terus berada di kedudukannya di atas bukit Uhud meninggalkan kedudukan mereka untuk mengambil harta rampasan perang.

(Namun begitu, sebagai seorang muslim, jangan sekali kali menyalahkan pasukan pemanah muslimin yang turun daripada bukit Uhud kerana mereka yang syahid telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT)

Dalam peperangan itu, Nabi Muhammad SAW hampir kehilangan nyawanya setelah terkena hujan batu dan kehilangan salah satu giginya. Nasib baik ketika itu Talhah bin Ubaidillah datang menghalau musuh yang sedang mendekati Rasulullah SAW. Kerana jasanya, sahabat Nabi dijanjikan Syurga walaupun baginda masih hidup.

Sunday 28 January 2024

Pasar di kebun kurma

 








Masjid Quba'

 Kelebihan pahala solat sunat di masjid Quba' ialah seperti mengerjakan umrah. 

Berkenaan dengan pahala solat di Masjid Quba', Nabi telah bersabda, “Solat di Masjid Quba' pahalanya seperti satu umrah.” HR al-Tirmizi, dihukum sahih oleh al-Albani.





Indahnya pemandangan di masjid Nabawi 3

 




Bahagian wanita

Indahnya pemandangan di masjid Nabawi 2

 




Masjid Saiyidina Ali di mana Rasulullah pernah solat memohon hujan semasa musim kemarau di madinah. Rasulullah juga selalu solat sunat hari raya di sini


Di dataran tapi posisi lain


Mutawif sedang menyampaikan sedikit tazkirah kepada jemaah



Indahnya pemandangan di masjid Nabawi 1


Pintu masuk masjid jemaah wanita, pintu 25
Dataran berpayung 1
Dataran berpayung 2
Pintu pagar keluar daripada dataran