Sunday 19 August 2018

Warkah untuk ibu: Derhakakah anakmu ini?

Assalamualaikum ibu

Warkah ini aku titip hanya di dalam maya kerana aku sendiri tak sanggup untuk melahirkan padamu... 

Aku ini terlalu mementingkan diri sendiri hingga kadang2 lupa untuk menelefon atau bertanya khabar... 
Kononnya sibuk dengan kerja, tapi tidak mampu meluangkan masa hanya untuk beberapa minit... 

Aku sibuk menjaga hati pasanganku yang saban hari mahu pulang ke kampungnya. .  Tapi terlupa ibu juga menanti aku pulang...  

Aku menyuruh putera ku pulang menemani ibu tapi aku sendiri tidak pulang... Kalau adapun hanya sekejap... 

Pekak kah telinga ku ini atau sengaja buat2 pekak apabila ibu mengadu takut saban malam tidur keseorangan...

Buta kah mata ku ketika melihat ibu semakin kurus memendam rasa... 

Atau memang aku  hilang  sifat berperikemanusiaan ketika ibu ku lihat termenung seorang diri... bagai seorang tua yang tersisih ketika aku pulang berhari raya...