Assalamualaikum wbt...
Insya Allah, today's post is about sirah. Recently a friend of mine
story about this brave and beautiful women beside saidina Uthman r.a.
And I am sure not many of us know this women ,right? So, let me share
this and pray to Allah that we all can be like her. Insya Allah....
Nailah al-farafishah adalah
srikandi islam terulung di zaman khalifah UTHMAN B. AFFAN..merangkap
kekasih hati, penyejuk mata, isteri saidina Uthman B. Affan...dia
memiliki akhlak yang terpuji sebagai muslimah dan wajah yang menawan
hati setiap insan yang melihatnya...merupakan sayap kiri kepada
perjuangan Khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang
isteri yang ikhlas, setia dan taat kepada suami tercinta...ayahnya
seorang penganut agama nasrani, bukan dari golongan Quraisy...
Kecantikan rupa paras,
kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta
kematangan fikirannya dalam membuat keputusan menjadikan nailah tokoh
srikandi Islam yang disegani di mata dunia...subhanallah...
Pernah
berlaku peristiwa pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah
benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hati Nailah...tidak
pernah berjauhan dgn Khalifah, sentiasa memberikan semangat dan
keyakinan kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan
perjuangan suci ini...ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang
rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah-panah. Akibat dari peristiwa
ini 3 org telah terbunuh..
Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai
agar tidak mencederakan Khalifah, namun ada juga yang
mengingkarinya...Pembelotan tersebut diketuai oleh Muhammad bin Abu
Bakar...Ketika Muhammad bin Abu Bakar bersama seorg sahabat memanjat
rumah Khalifah, Nailah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi
rambutnya... Lalu ditegur Khalifah...
"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku"
Namun
nailah tidak mengendahkan teguran tersebut krn yg lebih penting
baginya adalah menyelamatkan nyawa suami tercinta...Tatkala kedua-dua
pembelot itu berada di hadapannya, nailah sudah bersedia untuk
melindungi suami yang dikasihi...Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah
dgn pedangnya, namun dihalang oleh Nailah dengan tangannya hingga
putus jejari mulus Nailah.. Kemudian Muhammad bin Abu Bakar
menghayunkan pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Nailah dgn tangan yang
lain dan putus jejarinya lg... Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu
Bakar mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikam Khalifah..
Tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu
Bakar telah menyelar tubuh Khalifah hidup-hidup..
Namun
apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah,
Nailah menahan tubuhnya bersama Syibah...Malangnya mereka berdua
ditolak dan dipijak-pijak. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak
seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah
Saidina Uthman Affan..
Sehinggalah Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan
Hawatib bin Abdullah al- Uzza...Mereka juga tidak berani untuk
mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa
dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka
dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam...
Peristiwa
pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan
perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru,
ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini.
Bagi mendamaikan antara puak ini, Nailah telah menghantar surat kepada
Muawiyah yang berbunyi,
“Jika dua golongan dari kaum itu
berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu
keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka
itu sehingga mereka kembali kepada Allah.”
Surat
tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan
dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut
oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima
jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan
pembunuhan ke atas khalifah....Selepas kewafatan suaminya, Nailah terus
diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga dtg Muawiyah
meminangnya.. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, untuk
mengelakkan dirinya terus dipinang,beliau telah mencabut dan mematahkan
gigi sehingga orang ramai kehairanan...
Ada yang bertanya kepada Nailah,
“Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?”
Jawapan yang Nailah berikan,
“aku tidak mahu kesedihanku terhadap
Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku juga
tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang
telah diketahui oleh Uthman.”
Kata-kata
tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kpd suami tercinta
yg telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri...Nailah juga byk
menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya...
Juga tidak ada perkahwinan ke-2 dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman.
Nailah Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam
yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami
tersayang dan Islam tercinta di zamannya..
itulah
kisah Nailah Al-Farafishah...srikandi setia buahati saidina Uthman B.
Affan..apakah aku bisa setia dan taat seperti Nailah...srikandi yg aku
kagumi ini??...apakah aku bisa menjadi isteri seperti Nailah
ini??apakah aku bisa tabah sepertinya??
Kanvas
cinta ini terlukis wajah muslimah.., yang kiasan rindunya takkan lemah
walau dihunus 1000 mehnah...Pada hijab rindu..., terserlah pada
Qalam.., dialah Muslimah Acuan Quran..
NAILAH AL-FARAFISHAH....