Mungkin ciri-ciri orang yang disebutkan di bawah tidak sukakan anda. Antara tanda-tanda anda perlu menjauhi ciri-ciri orang yang akan disebut di bawah:
1. Dia tidak pernah menghargai kejayaan anda.
Sekiranya anda mencapai sesuatu kejayaan, dia tidak pun mengucapkan tahniah apatah lagi nak meraikan anda. Lupakan dia, tinggalkan dia, dia bukan ciri-ciri sahabat yang anda perlukan.
2. Dia suka memperlekehkan apa jua yang anda lakukan.
Contohnya dia akan memperlekehkan cara anda berpakaian, cara anda makan dan macam-macam lagilah. Tapi kalau orang lain yang berpakaian hampir sama seperti itu, tidak pula dia nak menganggap buruk. Memang "double standard". Anggap saja dia hanya kenalan di jalanan, tak sesuai dibuat kawan.
3. Tidak menghubungi anda atau menghubungi bila ada keperluan saja.
Ada manusia yang kalau anda hubungi dengan whatsapp katakan, sikit pun tak balas, hanya " blue tick" aje. Tapi bila dia perlukan kita pandai pulak nak whatsapp bukan main lagi. Lupakan dia, tinggalkan dia, jangan menoleh lagi.
4. Baik di depan tapi mengutuk di belakang
Sikap ini lebih menakutkan daripada sikap nombor 2 tadi. Hipokrit sungguh kan.
5. Tidak langsung bersimpati bila anda ditimpa musibah
Jangan kawan dengan orang yang macam ni. Takut nanti dia akan menyebabkan anda lebih down bila down.
6. Mewar-war kesilapan anda.
Sebagai manusia biasa, normal lah kalau tersilap kat mana2. Contoh nya mungkin ada sedikit kesilapan masa menanda kertas peperiksaan pelajar. Tapi ciri-ciri orang yang kalau kita terbuat kesilapan, bukannya dia nak "backing". Kalau boleh dia nak satu jabatan tahu kesilapan anda. Contoh: diceritakan dalam satu group whatsapp, kesilapan anda, siap menghina lagi. Mungkin dia tak pandai nak whatsapp personal kut. Yang ni sebagai kenalan pun tak perlu. Biarkan dia. Tak kenal langsung lagi baik.