Saturday 25 November 2023

Syarat kelayakan yang aku tak layak

Bila baca syarat2 nak jadi anggota Briged Al-Qassam, ni mmg tak layak langsung la aku ni... Anak2 pun susah jgk ni...


Syarat-syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam :



1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aktivitis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap sedia untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Tuesday 21 November 2023

JOM SAVE SIAP2 KALENDER 2024 JULAI-DISEMBER

  sekarang dah tak boleh lekat-lekat kat partition kat ofis nih... PTSB nak dapatkan EKSA, jadi, semua yang tempek2 tu  kena buang . Kita simpan softcopy jer la, Julai- Disember pulak












JOM SAVE SIAP2 KALENDER 2024 JANUARI-JUN

 sekarang dah tak boleh lekat-lekat kat partition kat ofis nih... PTSB nak dapatkan EKSA, jadi, semua yang tempek2 tu  kena buang . Kita simpan softcopy jer la, Januari-Jun dulu








Monday 20 November 2023

B0yc0tt 15r4e1 pr0duCt, Free P41e5t1ne

 Walaupun kita tidak dapat melakukan apa-apa untuk membebaskan penderitaan rakyat P41e5t1ne, tapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha walaupun dengan sekecil-kecil usaha untuk membantu saudara kita di P41e5t1ne. Salah satu cara nya ialah sentiasa memanjatkan doa kepada mereka di sana supaya sentiasa teguh keimanan dan keyakinan kerana orang-orang Muslim tidak pernah kalah, sama ada menang atau syahid sahaja. Antara mereka ada yang telah kehilangan semua atau hampir semua ahli keluarga hasil penganiayaan musuh kita dan musuh Allah iaitu 15r4e1 laknatullah. Kita juga tidak boleh melupakan doa agar musuh kita dan musuh Allah ini akan diberikan balasan yang setimpal dengan kezaliman mereka. Semoga mereka ini akan saling berpecah belah dan hidup dalam keadaan keresahan dan tidak tenteram di dunia, apatah lagi di akhirat nanti. 


Dengan usaha kita untuk terus memboikot produk-produk yang dihasilkan daripada 15r4e1dan sekutunya yang menyokong kezaliman ini. Mudah2an mereka menjadi lemah dan memberhentikan segala bentuk penganiayaan terhadap saudara kita di P41e5t1ne.

15r4e1 adalah manusia yang sangat kejam dan tidak berhati perut.   Kenapa pulak kita nak berdamai dengan mereka?

Bayangkanlah kita seolah-olah sama-sama bersubahat membunuh orang awam di P41e5t1ne jika kita tidak memboikot atau terus membeli sebarang produk mereka ini.


Jom boikot beserta hujahnya? Klik di sini, tepuk dada tanya iman.


https://boycott.thewitness.news/categories

Jom beli produk tempatan:



Majlis anugerah kecemerlangan dan inspirasi siswa (2)

 Terdapat 17 kategori yang dipertandingkan,


Sapa kata mudah kerja aku dan AJK bawah aku, kami kena murnikan rubrik, kemudian membuat promosi di jabatan masing-masing. Nak dijadikan cerita, penyelaras kecemerlangan pelajar di Jke kurang sihat, mengalami masalah alahan yang sangat teruk, seluruh badan. Baru keluar ward setelah 2 minggu warded. Alahan pun masih belum pulih sepenuhnya, tentu byk kelas tertinggal lagi. Tidak tergamak aku nak mintak dia buat kerja-kerja ni, jadi aku ambik alih ja tugas tu untuk Jke. Antara ikon/anugerah yang dipertandingkan adalah:


SENARAI ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & INSPIRASI SISWA PTSB (MAKIS) 2023 adalah seperti berikut:


1. Ikon Kepimpinan

2. Ikon Olahragawan

3. Ikon Olahragawati

4. Ikon Kesukarelawanan

5. Ikon Keusahawanan

6. Ikon Kerohanian

7. Ikon Orator

8. Ikon Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

9. Ikon Inovasi

10. Ikon Kemahiran

11. Ikon Akademik JKA

12. Ikon Akademik JKE

13. Ikon Akademik JKM

14. Ikon Akademik JP

15. Anugerah Pasukan Uniform Terbaik

16. Anugerah Kelab Jabatan Terbaik

17. Anugerah Kelab dan Persatuan (HEP) Terbaik. 

Antara calon-calon yang terpilih ialah: