Tuesday 10 February 2015

Terjemahan Surah Ar-Rahmaan - سورة الرحمن


http://www.surah.my/55

Jom kita hayati terjemahan Surah Ar-Rahmaan
Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
A002 Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
A003 Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
A004 Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
A005 Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
A006 Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
A007 Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
A008 Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
A009 Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
A010 Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
A011 Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
A012 Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
A013 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
A014 Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
A015 Dan Ia telah menciptakan jin dari api yang menjulang-julang;
A016 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A017 (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
A018 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A019 Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
A020 Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
A021 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A022 Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
A023 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A024 Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
A025 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A026 Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
A027 Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
A028 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A029 Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
A030 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
A031 Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
A032 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A033 Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
A034 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A035 Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
A036 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A037 Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
A038Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
A039 Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
A040 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A041 Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
A042 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A043 (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
A044 Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
A045 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A046 Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
A047 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A048 (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
A049Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
A050 Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
A051Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
A052 Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
A053 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A054 Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
A055 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A056 Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
A057 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A058 Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
A059 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A060 Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
A061 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A062 Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
A063 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A064 Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
A065 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A066 Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
A067Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
A068 Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
A069Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
A070 Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
A071 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A072 Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
A073 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A074 (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
A075 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A076 Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
A077 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
A078 Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.