Tuesday, 10 February 2015

Hukum Ingat Mati



Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia.

Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. 
  • Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.    
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana
  • bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar,
  • seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

No comments:

Post a Comment