Siapa agaknya teman akhiratku Adakah aku akan ke Syurga-Mu Bersama para anbiya' dan syuhada'
Atau hanya angan-anganku?
Siapa agaknya teman akhiratku Adakah aku akan ke Neraka-Mu Bersama rantaian dan siksaan
Sungguh ku tak sanggup... na'uzubillah
Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikrullah SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya Tanpa rasa ujub Apa lagi mahu berbangga diri Akulah yang terhebat berbicara Akulah yang alim Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat Bererti aku sudah menjadi hamba-Nya Memakai pakaian kesombongan-Nya Na'uzubillah minta dijauhkan Allah Siapalah aku bisa berilmu Siapalah aku bisa berbicara indah Tanpa izin-Mu jua Dan aku mengaku Engkau sajalah yang layak Memakai pakaian kesombongan Bukan aku Bukan...bukan...bukan... Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina Maka-Nya aku tak mahu menghina orang Yang aku mahu pulang kepada-Mu Dalam kain kafan Setanggi Syurga kiriman-Mu Berkat aku mengirimkan Kudup-kudup mawar Syurga-Mu Tanpa jemu Kepada semua penghuni bumi Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya Tanpa terkecuali Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada Dengan harapan Semoga kasehku pada mereka terpatri Di Syurga sedia menanti Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu, Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, Bukan dan tidak sama sekali, Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, Bersyukurlah di atas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. Salam perjuangan untuk sahabatku, Wanita solehah. "Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"