Sunday 24 January 2016

Aku ini seorang yang penjimat konon

Mencari Homestay sekitar Jitra? Sila hubungi Zainol (012-5769360)

Petang semalam (hari ahad), aku mengemas beg tangan yang dah berselerak. aku takut tikuspun sesat kalau masuk.

Semasa sesi mengemas aku  tengok dah terkoyak pembalut dompet yang selalunya ku isikan dengan wang kertas seringgit.Sebenarnya aku seorang yang sangat tidak teliti ketika mengambil wang kertas. Dah beberapa kali tertukar , nak bagi seringgit tersua rm50. Itu yang aku perasan....
 
Sebagai seorang yang penjimat kononnya akupun ambik gam gajah tanpa menggunakan pelapik, dengan 2 jari tengah dan manis aku mula memulas penutup gam gajah.

Alamak!!! jari tengah dan manis melekat... akupun rasa lega sebab boleh memisahkannya. Tetiba aku teringat, dah masuk asar. Akupun macam selalu tenyeh lah dengan jari yang sebelah lagi kalau terlekat gam

Tidak kusangka, buah mata kucing dah jadi buah longan...
Camner nak hilangkan ni... Panik jugak... Terus aku teringat pesan orang bubuh minyak. Tepi aku cuma ada minyak urut jerr. Husband pulak bagi pisau suruh aku kikis. Biar betul... Kalau luka camne..

Anak bongsu ku yang suka meng'google' , dengan cepat lah mencari jawapan bila  lihat mak dia yang dah panik semacam.

Dia kata mama kena bubuh ubat gigi dan minyak masak , gosok perlahan2. Akupun dengan sabar (sebenarnya tak sabar) bukak tv sambil menenyeh dan menggaru bahagian yang terkena gam gajah. Rupa2nya lama jugak ,40 minit barulah gam gajah dijariku lembut dan sedikit-demi-sedikit keluar.

Lega hatiku... Lain kali aku bertekat di dalam hati, aku perlu guna sesuatu sama ada sarung tangan ke, kain buruk ke , tisu ke... etc..Jangan duk belagak hebat..huhu