Monday, 21 August 2023

7 jenis orang yang perlu anda tinggalkan (untuk kebaikan anda sendiri)



oleh Tina Fey

20 Ogos 2023

Untuk kesejahteraan peribadi anda sendiri, adalah baik untuk menilai semula orang di sekeliling anda dari semasa ke semasa.

Proses ini boleh menjadi sukar. Saya tahu, kerana saya telah melaluinya beberapa kali.

Tetapi satu perkara yang memberi saya harapan ialah mengetahui bahawa untuk setiap orang toksik yang saya hindari, saya menyediakan ruang untuk seseorang yang lebih positif dan prihatin untuk diisi.

Jadi, tanpa berlengah lagi, jom kenalpasti 7 jenis orang yang perlu anda tinggalkan (untuk kebaikan anda sendiri):


1) Orang yang sentiasa mengkritik anda

Pernah tak berjumpa dengan orang yang macam ni?

Semua nak komplen, contoh, duk kata pulak, awat hang pelik sangat, bla, bla, bla...


2) Orang yang tidak pernah gembira untuk anda

  Selalunya orang yang berada dekat dengan kita akan teruja bila kita dapat apa-apa kebaikan. 

Contohnya anda dianugerahkan pekerja cemerlang, dia orang akan excited sama...  Kalau dia macam nak pertikai pulak kita, dia ni antara ciri-ciri orang yang patut ditinggalkan.

 

3) Orang yang cemburu dengan anda

 Cemburu tak tentu pasal, ada ja sebarang kelebihan atau keistimewaan kita yang dicemburui nya. Kalau boleh kalau dia tak dapat, kita pun jangan dapat...

4) Orang yang mengumpat di belakang anda

   

Macam talam dua muka pulak, depan kita pijak semut pun tak mati. Tapi di belakang kita bukan nua membela kita jika orang mengumpat, dia pun tolong tambah lagi perisa ..

 

5) Orang yang mempergunakan tenaga anda

Contohnya kalau dia akan minta tolong anda walaupun sebenarnya dia boleh ja buat sendiri ...

Sekali sekala takpa la, kalau dah hari2 macam tu, umpama membela biawak hidup pulak...

6) Orang yang manipulatif

Orang seperti ini banyak memberi alasan dan suka memanipulasi fakta...

7) Orang yang menentang perubahan


Banyak sangat yang negatif dalam diri orang seperti ini. Sekiranya anda perlu berubah ke arah yang lebih baik atau positif, orang seperti ini akan menentang perubahan...

Contohnya seorang wanita yang ingin memakai tudung tapi kawan kita ni langsung tak support dan tak bagi kita berubah






Sunday, 20 August 2023

Aktiviti meningkatkan kecemerlangan pelajar PTSB



Tadi meeting pengurusan akademik bil5/2023.  


Dah 4 tahun duk kena jadi ketua unit kecemerlangan pelajar PTSB, aku ditugaskan untuk memantau penasihatan akademik PTSB dan menjalankan aktiviti kecemerlangan pelajar PTSB.

Awal tahun ni tukar pulak jadi unit kecemerlangan dan kemahiran pelajar. Jadi polyskill dan Fira dah duk bawah unit ni jgk.

Sebenarnya dah 3 hari aku duk buat analisa ttg pelajar PTSB semester 2, 3 dan 4 yang mengikuti program jom Score sesi II: 2022/2023. Pening kepala duk tengok result sorang2 dalam SPMP. Hasil analisa terhadap lebih drpd 500 pelajar ini aku dapati, 70.9%  drpd mereka ini telah berjaya meningkatkan pnm mereka berbanding sesi sebelum nya.


Jadi masa meeting tadi aku dah bentangkan lah.  Tak sangka pulak kena tambah beban kena buat program bagi pelajar yang:

1. berjaya drpd GB setelah membuat rayuan.

2. Mendapat keputusan kelulusan bersyarat

3. Mendapat keputusan terpaksa carry modul kali kedua bagi subjek tertentu


Esok kena bincang dengan penyelaras kecemerlangan bawah unit SSEU.


Apa lah agaknya program nak buat ni...