Sunday 20 August 2023

Aktiviti meningkatkan kecemerlangan pelajar PTSB



Tadi meeting pengurusan akademik bil5/2023.  


Dah 4 tahun duk kena jadi ketua unit kecemerlangan pelajar PTSB, aku ditugaskan untuk memantau penasihatan akademik PTSB dan menjalankan aktiviti kecemerlangan pelajar PTSB.

Awal tahun ni tukar pulak jadi unit kecemerlangan dan kemahiran pelajar. Jadi polyskill dan Fira dah duk bawah unit ni jgk.

Sebenarnya dah 3 hari aku duk buat analisa ttg pelajar PTSB semester 2, 3 dan 4 yang mengikuti program jom Score sesi II: 2022/2023. Pening kepala duk tengok result sorang2 dalam SPMP. Hasil analisa terhadap lebih drpd 500 pelajar ini aku dapati, 70.9%  drpd mereka ini telah berjaya meningkatkan pnm mereka berbanding sesi sebelum nya.


Jadi masa meeting tadi aku dah bentangkan lah.  Tak sangka pulak kena tambah beban kena buat program bagi pelajar yang:

1. berjaya drpd GB setelah membuat rayuan.

2. Mendapat keputusan kelulusan bersyarat

3. Mendapat keputusan terpaksa carry modul kali kedua bagi subjek tertentu


Esok kena bincang dengan penyelaras kecemerlangan bawah unit SSEU.


Apa lah agaknya program nak buat ni...

No comments:

Post a Comment