Thursday 16 January 2014

Motivasi: Perlu tempoh yang panjang? (Menyelesaikan tugasan di pejabat 4)

Kadang2 kita diuji dengan satu tugasan yang memerlukan masa yang panjang

Tak pe, insyaAllah selesai...

Cadangan:
1. Buat perancangan di atas kertas
(kalau perlu-carta gantt pun boleh...)
2. Pecahkan kerja kepada beberapa bahagian kecil
3. Semak kut2 keja tu boleh diagihkan kepada orang lain..
4.Buat pecahan masa, yakni setiap bahagian tu agak2 berapa lama
perlu diselesaikan
5. Jika tugasan boleh diagihkan, agihkan sahaja
siap dengan dateline (pada langkah ke4 kita dah target masa yang perlu).
6.Buat mana yang boleh dahulu
(Sesetengah kerja kita kena order barang dan nak dapat tu
mungkin sebulan, seminggu atau sehari ke, jadi...apa kata order dulu)

Kalau boleh taip dan tampal kat papan tanda,--- carta gantt tu, atau perancangan tu
jadi... tak le lupa tanya diri sendiri atau orang yang dipertanggungjawabkan
sekarang ni kita di tahap mana

Kerjaya: Memeriksa kertas kuiz, ujian, tutorial bagi pendidik (satu cadangan)

Memeriksa kertas kuiz, ujian atau tutorial pelajar yang memberi impak kepada penilaian
akhir pelajar perlu dilakukan dengan berhati2 untuk memberi keadilan kepada semua pelajar



Di antara urutan yang dicadangkan:
1. Pastikan tiada kelas yang perlu anda masuk (sekurang2nya bagi tempoh tertentu
yang anda yakin dapat menyiapkan keseluruhan atau sebahagian)atau lain2 kerja urgent
2. Pastikan cukup bahan2 (pen merah, skema pemarkahan,  soalan ujian/kuiz/ujian/tutorial,
kertas ujian/kuiz/tutorial dan lain2 yang difikirkan perlu, kalau matematik, calculator)
P/s: Macam nak buat kek jugak, kena cukup bahan2...
3. Pastikan suasana yang agak harmoni di tempat anda akan menyelesaikannya
seperti tiada gangguan serti bunyi bising, orang berbual dll yang boleh
mengganggu konsentrasi anda
4. Sekiranya ada lebih daripada satu soalan, saya cadangkan pilih
satu sahaja nombor soalan (melainkan jika anda pasti anda boleh siapkan pada masa tu jugak,
itupun saya jarang2 sgt praktikkan, kalau adapun jika soalan2nya memerlukan 
jawapan yang terlalu ringkas)
Rasionalnya:
  •  Manalah tau tiba2 bos panggil untuk siapkan tugasan urgent,
  • Tiba2 aje migrain menyerang
  • Dapat panggilan saudara-mara meninggal atau masuk ICU
  • Mesyuarat tergempar
  • Momentum keja merudum
  • Tiba2 ada kawan nak belanja...

tentu keja terbengkalai
4. Semak jawapan pelajar dan beri markah pada soalan yang sama
kerana selalunya momentum(atau mood) masih sama atau hampir sama
jadi markah yang diberi lebih adil berdasarkan skema

5. Kalau boleh semak dalam masa 2 minggu sbb pelajar tentu nak tau markah/prestasi
mereka, pelajar2 yang ingin belajar pastinya lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan
mereka
 

Wednesday 15 January 2014

Motivasi: Diberi beberapa tugasan urgent? (Menyelesaikan tugasan di pejabat 3)

Kadang2 kita diuji dengan beberapa tugasan yang dateline memang hari tu jugak...

Tak pe, tak pe, jangan panik,

Timbang2 mana paling penting, buat dulu...
mana ada manusia yang tak diujikan?


Jangan bersangka buruk, tak baik
Mungkin merekapun didesak oleh pihak atasan mereka
Nak hari tu gak...
Lagi le panik diaorang, jangan tak tau

Kalau kita selesaikan keje yang ada kaitan dengan orang
insyaAllah, Allah  akan permudahkan keje kite

Kalau bukan di dunia di akhirat kelak...


Motivasi: Senaraikan tugas/kerja setiap hari/minggu/bulan (tugasan di pejabat 2)

Saya bertuah kerana sama tempat kerja dengan suami, walaupun di jabatan yang berbeza.

Selalunya waktu pagi selepas menghantar anak ke sekolah (mesti sampai sebelum
pukul 7.20 pagi, kalau tidak masam le muka anak saya)

Lepas saya dan suami terus pergi sarapan, ringkas aje
hari2 dah jumpa, jadi tak le banyak sangat cerita...

Sampai aje pejabat, kalau pagi tu tak de kelas
saya buka 'buku kecil saya, mukasurat tugasan hari ini (jgn tak tau, siap tulis tarikh)

Buku nota tu jgn le kecik sangat, nanti tak cukup pulak satu mukasurat,
Tapi jangan le besar sangat, nanti kena lipat, tak cantik
lagipun mesti rasa segan nak bukak terutama kalau kat public...
 
letak dalam handbag aje

sambil muhasabah diri, saya pilih yang mana
perlu diselesaikan dahulu...

Bagi saya, biar lah sikit asal buat dengan baik...

Cuba teknik ini, saya rasa pening kepala anda akan berkurang...

Bila saya baca buku "Eat That Frog"
rupa2nya memang pakar motivasi mencadangkan begini,
tapi detail sangat kut,
siap kelas2kan ikut urutan terpenting (ada 5 kelas), ABCDE

Kalau anda mampu apa salahnya kelaskan ikut urutan ini

Saya cukup je buat ikut mana yang perlu buat dulu (dateline dah dekat)
atau bos kata nak segra..





Motivasi: Bersyukur dapat menyelesaikan kerja (tugasan di pejabat 1)

Alhamdulillah,

Kita perlu bersyukur kerana setiap hari dapat menyelesaikan tugasan harian...
Selalunya saya akan menulis perkara yang akan saya lakukan esok hari (jika masih boleh bernafas esok..)

Saya menyediakan satu buku kecil (note book) yang akan saya tulis tentang tugasan,
walaupun saya bukannya orang yang sangat berdisiplin,

seminggu sekali saya akan catatkan tugasan yang perlu saya selesaikan dalam minggu
tersebut serta perlu di selesaikan dalam masa sebulan...

Kalau tidak saya akan pening kepala,
mana lagi nak mengajar, tugas pentadbiran...

Petang, atau malam hari bekerja,
1. Saya 'tick'kan perkara yang dah saya buat
2. Saya tulis perkara yang nak(akan) saya buat keesokanya
3. Perkara 2. selalunya tugasan termasuk yang tidak dapat saya sudahkan hari ini..
 4. Hargai diri sendiri (tapi bukan riak...) walaupun tugasan yang dapat diselesaikan pada hari itu kecil sahaja



Motivasi:membina tabiat kejayaan

3 kunci kualiti membentuk tabiat fokus:

1. Decision (keputusan)
2. Discipline (disiplin)

3.Determination (kemahuan)

Dipetik drp buku:
"Eat that frog"
Brian tracy