Thursday, 16 January 2014

Kerjaya: Memeriksa kertas kuiz, ujian, tutorial bagi pendidik (satu cadangan)

Memeriksa kertas kuiz, ujian atau tutorial pelajar yang memberi impak kepada penilaian
akhir pelajar perlu dilakukan dengan berhati2 untuk memberi keadilan kepada semua pelajar



Di antara urutan yang dicadangkan:
1. Pastikan tiada kelas yang perlu anda masuk (sekurang2nya bagi tempoh tertentu
yang anda yakin dapat menyiapkan keseluruhan atau sebahagian)atau lain2 kerja urgent
2. Pastikan cukup bahan2 (pen merah, skema pemarkahan,  soalan ujian/kuiz/ujian/tutorial,
kertas ujian/kuiz/tutorial dan lain2 yang difikirkan perlu, kalau matematik, calculator)
P/s: Macam nak buat kek jugak, kena cukup bahan2...
3. Pastikan suasana yang agak harmoni di tempat anda akan menyelesaikannya
seperti tiada gangguan serti bunyi bising, orang berbual dll yang boleh
mengganggu konsentrasi anda
4. Sekiranya ada lebih daripada satu soalan, saya cadangkan pilih
satu sahaja nombor soalan (melainkan jika anda pasti anda boleh siapkan pada masa tu jugak,
itupun saya jarang2 sgt praktikkan, kalau adapun jika soalan2nya memerlukan 
jawapan yang terlalu ringkas)
Rasionalnya:
  •  Manalah tau tiba2 bos panggil untuk siapkan tugasan urgent,
  • Tiba2 aje migrain menyerang
  • Dapat panggilan saudara-mara meninggal atau masuk ICU
  • Mesyuarat tergempar
  • Momentum keja merudum
  • Tiba2 ada kawan nak belanja...

tentu keja terbengkalai
4. Semak jawapan pelajar dan beri markah pada soalan yang sama
kerana selalunya momentum(atau mood) masih sama atau hampir sama
jadi markah yang diberi lebih adil berdasarkan skema

5. Kalau boleh semak dalam masa 2 minggu sbb pelajar tentu nak tau markah/prestasi
mereka, pelajar2 yang ingin belajar pastinya lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan
mereka
 

No comments:

Post a Comment