Saya bertuah kerana sama tempat kerja dengan suami, walaupun di jabatan yang berbeza.
Selalunya waktu pagi selepas menghantar anak ke sekolah (mesti sampai sebelum
pukul 7.20 pagi, kalau tidak masam le muka anak saya)
Lepas saya dan suami terus pergi sarapan, ringkas aje
hari2 dah jumpa, jadi tak le banyak sangat cerita...
Sampai aje pejabat, kalau pagi tu tak de kelas
saya buka 'buku kecil saya, mukasurat tugasan hari ini (jgn tak tau, siap tulis tarikh)
Buku nota tu jgn le kecik sangat, nanti tak cukup pulak satu mukasurat,
Tapi jangan le besar sangat, nanti kena lipat, tak cantik
lagipun mesti rasa segan nak bukak terutama kalau kat public...
letak dalam handbag aje
sambil muhasabah diri, saya pilih yang mana
perlu diselesaikan dahulu...
Bagi saya, biar lah sikit asal buat dengan baik...
Cuba teknik ini, saya rasa pening kepala anda akan berkurang...
Bila saya baca buku "Eat That Frog"
rupa2nya memang pakar motivasi mencadangkan begini,
tapi detail sangat kut,
siap kelas2kan ikut urutan terpenting (ada 5 kelas), ABCDE
Kalau anda mampu apa salahnya kelaskan ikut urutan ini
Saya cukup je buat ikut mana yang perlu buat dulu (dateline dah dekat)
atau bos kata nak segra..
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment