Saturday 17 April 2021

Elon Musk - antara manusia terkaya di planet

Elon Musk termasuk dalam golongan 10 manusia terkaya di planet bumi...

Malahan pada satu ketika berjaya berada di ranking pertama... Mengalahkan Jeff bezo, seorang pengasas perniagaan Amazon yang sangat berjaya...

Photos: Wikipedia

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Namun yang ingin aku ceritakan bukan lah kekayaan Elon Musk ini... Tetapi tentang perniagaan yang diceburi oleh beliau iaitu penghasilan kereta elektrik sepenuhnya secara komersial dengan jenama Tesla...

Beliau bukanlah pengasas Tesla, tetapi telah berjaya menjadi pemegang saham terbesar di syarikat tersebut setelah menerajuinya...

Selain menghasilkan kereta elektrik, syarikat beliau juga telah menghasilkan produk  istimewa untuk bumbung rumah iaitu dua dalam satu...
Selain sebagai jubin bumbung, ianya sebenarnya adalah panel solar...

Sikap bekerja keras Elon Musk adalah antara faktor yang menyebabkan jenama Tesla berkembang maju...  

Satu lagi perniagaan yang diceburi oleh beliau ialah perniagaan angkasa lepas dengan syarikat spaceX. Beliau percaya manusia boleh hidup di planet Marikh... 

Bukan nya aku nak mengagungkan pendapat beliau...cuma usaha gigih beliau ini yang sangat bekerja keras dalam mencapai matlamat nya patut dicontohi..

Beliau dilahirkan di Afrika selatan pada tahun 1971... Kemudian berhijrah ke Kanada... kalau tak silap... Pada usia remaja

Beliau telah mempelopori bidang perniagaan seawal usia 12 tahun... apabila berjaya menghasilkan software games dan memasarkan nya...

Pada awalnya beliau dikatakan adalah pemegang saham terbesar syarikat PayPal. 

Kisah hidup Nikola Tesla

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Selalu pelajar atau pekerja dalam sektor kejuruteraan elektrik menggunakan unit Tesla


Tetapi di antara kita ada yang tidak pernah mengetahui dari mana wujud nya perkataan Tesla ini...



Photo: Napoleon Sarony [Public domain], via Wikimedia Commons

Meh aku cerita kan serba sedikit tentang lelaki ini:

Beliau dilahirkan dalam tahun 1856 di sebuah wilayah kecil dalam Austria... Sebenarnya dalam kawasan Serbia atau Croatia kerana ketika itu di dalam jajahan Austria...

Menurut satu sumber, beliau di zaman remaja mengikuti pengajian dalam bidang ini, tapi berhenti sebelum mendapat ijazah...


Kemudian beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan bekerja dengan satu syarikat kepunyaan Thomas Edison. Beliau telah membuktikan kewujudan medan magnet dan arus ulang-alik... Pada zaman tersebut dikatakan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh syarikat Edison adalah arus terus (DC current)...

Selain berjaya dalam membuktikan kebaikan arus ulang-alik, satu yang sangat penting ialah usaha keras beliau menghasilkan motor aruhan ( induction motor) dan polifasa yang mana konsep ini terus diguna-pakai sehingga kini ..

Walaupun motor aruhan ini adalah dalam skala yang besar...hanya perubahan saiz sahaja berlaku dalam teknologi masa kini...

Beliau juga dikatakan telah memperkenalkan teknologi radio di Amerika Syarikat...

Namun di usia tuanya beliau dikatakan tidak waras kerana beliau telah mengatakan bahawa akan wujudnya internet dan lain-lain ciptaan di masa hadapan...

Namun sebagai manusia, hari ini telah dibuktikan bahawa semua andaian beliau telah menjadi kenyataan...


Pengajaran yang dapat diambil:

1. Beliau sanggup bekerja keras tanpa rehat untuk mempastikan kejayaan nya. Tiada istilah cuti untuk beliau.

2. Kita sepatutnya menghormati pandangan setiap manusia kerana tiada yang mustahil jika Allah menghendaki ianya berlaku

3. Kebijaksanaan beliau telah digunakan sebaik mungkin, malah memberikan manfaat kepada bukan sahaja manusia yang sezaman dengannya bahkan manusia di zaman ini...

Thursday 15 April 2021

Setahun berlalu


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Setahun sudah berlalu...PKP pertama pun dah setahun berlalu...

Sakinah pun dah setahun belajar online... Tetiba hari Isnin dapat email, kena masuk asrama... kenapa tak tunggu raya? Adeeiii... kesian budak ni..hari2 menangis...

Malam ni aku n hasben akan hantar adik Sakinah ke KL... lepas tarawih, kami bertolak ke KL .. pastu check in hotel nexus kat Bangsar,,, dalam pukul 7.50am bertolak ke kolej 9...
Katanya kena kuarantin, masuk kolej 9 dulu...
Waris hanya boleh hantar sampai tepi jalan saja ..ada van mai bawak ke kolej 9 tu...ikut SOP...

Sayu nya rasa .... Dia pun tak mampu nak call mamanya ...takut nangih

Takpa la adik... Adik kena belajar untuk meneruskan perjalanan dan mendapat pengalaman di sana untuk masa depan adik jgk...