Saturday 17 April 2021

Elon Musk - antara manusia terkaya di planet

Elon Musk termasuk dalam golongan 10 manusia terkaya di planet bumi...

Malahan pada satu ketika berjaya berada di ranking pertama... Mengalahkan Jeff bezo, seorang pengasas perniagaan Amazon yang sangat berjaya...

Photos: Wikipedia

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Namun yang ingin aku ceritakan bukan lah kekayaan Elon Musk ini... Tetapi tentang perniagaan yang diceburi oleh beliau iaitu penghasilan kereta elektrik sepenuhnya secara komersial dengan jenama Tesla...

Beliau bukanlah pengasas Tesla, tetapi telah berjaya menjadi pemegang saham terbesar di syarikat tersebut setelah menerajuinya...

Selain menghasilkan kereta elektrik, syarikat beliau juga telah menghasilkan produk  istimewa untuk bumbung rumah iaitu dua dalam satu...
Selain sebagai jubin bumbung, ianya sebenarnya adalah panel solar...

Sikap bekerja keras Elon Musk adalah antara faktor yang menyebabkan jenama Tesla berkembang maju...  

Satu lagi perniagaan yang diceburi oleh beliau ialah perniagaan angkasa lepas dengan syarikat spaceX. Beliau percaya manusia boleh hidup di planet Marikh... 

Bukan nya aku nak mengagungkan pendapat beliau...cuma usaha gigih beliau ini yang sangat bekerja keras dalam mencapai matlamat nya patut dicontohi..

Beliau dilahirkan di Afrika selatan pada tahun 1971... Kemudian berhijrah ke Kanada... kalau tak silap... Pada usia remaja

Beliau telah mempelopori bidang perniagaan seawal usia 12 tahun... apabila berjaya menghasilkan software games dan memasarkan nya...

Pada awalnya beliau dikatakan adalah pemegang saham terbesar syarikat PayPal. 

No comments:

Post a Comment