Saturday 17 April 2021

Kisah hidup Nikola Tesla

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Selalu pelajar atau pekerja dalam sektor kejuruteraan elektrik menggunakan unit Tesla


Tetapi di antara kita ada yang tidak pernah mengetahui dari mana wujud nya perkataan Tesla ini...



Photo: Napoleon Sarony [Public domain], via Wikimedia Commons

Meh aku cerita kan serba sedikit tentang lelaki ini:

Beliau dilahirkan dalam tahun 1856 di sebuah wilayah kecil dalam Austria... Sebenarnya dalam kawasan Serbia atau Croatia kerana ketika itu di dalam jajahan Austria...

Menurut satu sumber, beliau di zaman remaja mengikuti pengajian dalam bidang ini, tapi berhenti sebelum mendapat ijazah...


Kemudian beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan bekerja dengan satu syarikat kepunyaan Thomas Edison. Beliau telah membuktikan kewujudan medan magnet dan arus ulang-alik... Pada zaman tersebut dikatakan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh syarikat Edison adalah arus terus (DC current)...

Selain berjaya dalam membuktikan kebaikan arus ulang-alik, satu yang sangat penting ialah usaha keras beliau menghasilkan motor aruhan ( induction motor) dan polifasa yang mana konsep ini terus diguna-pakai sehingga kini ..

Walaupun motor aruhan ini adalah dalam skala yang besar...hanya perubahan saiz sahaja berlaku dalam teknologi masa kini...

Beliau juga dikatakan telah memperkenalkan teknologi radio di Amerika Syarikat...

Namun di usia tuanya beliau dikatakan tidak waras kerana beliau telah mengatakan bahawa akan wujudnya internet dan lain-lain ciptaan di masa hadapan...

Namun sebagai manusia, hari ini telah dibuktikan bahawa semua andaian beliau telah menjadi kenyataan...


Pengajaran yang dapat diambil:

1. Beliau sanggup bekerja keras tanpa rehat untuk mempastikan kejayaan nya. Tiada istilah cuti untuk beliau.

2. Kita sepatutnya menghormati pandangan setiap manusia kerana tiada yang mustahil jika Allah menghendaki ianya berlaku

3. Kebijaksanaan beliau telah digunakan sebaik mungkin, malah memberikan manfaat kepada bukan sahaja manusia yang sezaman dengannya bahkan manusia di zaman ini...

No comments:

Post a Comment