Wednesday 10 February 2021

Kuliah Al-azkar 11 februari 2021

Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 9.30am hingga 10.30am perbincangan melalui Microsoft team telah berlangsung.


Hari ni ustaz iruwan membincangkan tentang Zikir2 dalam solat jenazah mukasurat 295


Dalam solat jenazah, terdapat 4 takbir

- takbir 1- selepas takbir, wajib membaca Al-Fatihah. Imam akan membaca surah AL Fatihah perlahan jika di siang hari dan jika malam imam membaca dengan kuat
- takbir 2- selepas takbir, wajib membaca selawat ke atas Rasulullah dan sunat membaca selawat ke atas keluarga baginda
- takbir 3- selepas takbir, wajib membaca doa kepada jenazah sekurang-kurangnya membaca Allahummaghfirlahu, warhamhu(Ya Allah ampuni lah dia dan kasihilah dia)...tapi selalunya imam membaca seperti dalam hadith mukasurat 296...
- takbir 4- selepas takbir sunat membaca... Rabbana aatina....pastu Memberi salam

Rujukan
Buku: Al-Azkar

Pengajaran yg ustaz sampai kan

Sahabat nabi, Abu Hurairah walaupun lewat memeluk Islam iaitu pada tahun 7 hijrah, namun beliau dapat meriwayatkan banyak hadith2 ...lebih 5000 hadith kerana kesungguhan beliau dan selalu berdampingan dengan baginda sebelum wafat...



Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi