Thursday 7 October 2021

Muhasabah diri: Menjaga Pandangan Mata

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Foto:https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/591333/menjaga-mata-daripada-melihat-maksiat


Mata dan hati memiliki ikatan yang kuat. Para ulamak berkata, “Antara mata dan hati ada kaitan eratnya. Bila mata telah rosak dan hancur, maka hati pun turut rosak dan hancur.
Berapa banyak jatuh korban akibat kerlingan mata yang membawa kehancuran dan penderitaan. Sudah amat banyak kita dengar  perbuatan keji yang dilakukan oleh para pemuda (perzinaan, homoseks, lesbian), suami-isteri yang bercerai, atau menderitanya anak-anak sebagai korban.
Semua bencana ini berasal dari pandangan mata, sebagaimana kata penyair, “Pandangan, lalu senyuman, kemudian salam dan bicara, lalu janji, kemudian pertemuan”. Pandangan melahirkan lintasan fikran, lintasan fikiran melahirkan nafsu syahwat, nafsu syahwat melahirkan kemahuan yang kuat, sehingga menjadi tekad yang bulat. Dari sini dapat dipastikan akan muncul suatu perbuatan, selama tidak ada penghalang. Mustahil boleh terjaga kehormatan dan kesucian keluarga kecuali dengan menahan diri dan menjaga pandangan mata.

Sebuah pepatah mengatakan, “Bersabar menjaga mata lebih mudah daripada bersabar menanggung derita sesudahnya.” Seseorang yang telah melanggar batasan pandangannya akan senantiasa menyesal, setelah terkena panahan dari salah satu panah beracun iblis. ‘Ali bin Abi Thalib ra. pernah berkata, “Mata adalah tempat memancing bagi syaitan.” Masuknya syaitan salah satunya ketika seseorang pandangan. Sesungguhnya masuknya syaitan melalui jalan ini melebihi kecepatan aliran udara ke ruangan yang kosong. Syaitan akan menjadikan wujud yang dipandang seakan-akan indah, menjadikannya indahnya tautan hati. Kemudian membawa kepada janji dan angan-angan. Lalu ia nyalakan api syahwat dan ia lemparkan kayu bakar maksiat. Seseorang tidak mungkin melakukannya tanpa adanya gambaran yang wujud terhadapdipandangnya.

Pada zaman ini, ketika lelaki dan wanita bergaul tanpa ada batas. Sehingga wanita berjalan-jalan di depan laki-laki tanpa menutup aurat dengan sempurna tanpa ada perasaan bersalah sedikitpun. Lebih tragis jika ada wanita yang ingin tampil seperti lelaki. Budaya barat yang kuat, telah mempengaruhi umat Islam, sehingga ramai yang tidak memandang lagi peraturan dalam Islam. Dalam keadaan seperti ini, tanpa terasa kita telah menambah dosa melalui pandangan mata.

Apabila seseorang lelaki memandang wanita yang bukan muhrim ditambah pula keadaan wanita itu yang tidak sempurna menutup auratnya, kedua-duanya berdosa. Lelaki berdosa kerana tidak menjaga pandangannya, dan wanita berdosa kerana tidak menutup auratnya.

Media, baik elektronik maupun media cetak, memiliki pengaruh besar dalam membuat kekacauan ini. Ditambah pula dengan keadaan umat Islam yang tidak menaruh hormat lagi terhadap batasan agama kecuali hanya sebahagian kecil saja. Sehingga banyak yang tidak mengetahui bahawa menjaga pandangan adalah perintah agama, yang perintahnya keras dan ancaman azabnya pun keras.

Akhirnya, ingin diri ini menasihati diri sendiri dan sahabat2 sekelian, supaya sentiasa mengawasi mata daripada perkara2 terlarang. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah, niscaya Allah akan mencemerlangkan cahaya pandangannya. Siapa yang meninggalkan sesuatu demi Allah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik baginya. Apabila seseorang menjaga pandangan dari hal-hal yang haram, Allah akan menggantikannya dengan nur pandangan-Nya. Allah juga akan membukakan untuknya pintu pengetahuan, iman, makrifat, dan firasat yang benar.

Yang paling kita dambakan adalah kehidupan akhirat. Maka, mata yang selalu dijaga dari hal-hal yang diharamkan, tidak akan disentuh oleh api neraka sebagaimana sabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wa Sallam, “Tiga jenis  mata tidak akan menyentuh api neraka, yaitu mata yang menutup dari apa yang diharamkan oleh Allah, mata yang terjaga di jalan Allah, dan mata yang menangis kerana takut kepada Allah.” (Hadits Riwayat Imam Hakim dan Imam Baihaqy).


Rujukan:

http://katakatamutiaracintadanhikmah.blogspot.com/2013/11/keharusan-menundukkan-pandangan.html

http://ruhcintaku.blogspot.com/2012/10/jaga-pandangan-mata-upaya-menjauhi.html

Muhasabah diri: Lidah Tidak Bertulang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa




Foto: https://www.sindonews.com/topic/96322/bahaya-tidak-menjaga-lidah

ALLAH SWT menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dengan kurniaan pelbagai nikmat pancaindera terutama nikmat akal untuk berfikir dan merenung sesuatu. Selain daripada itu, salah satu nikmat dikurniakan adalah lidah yang dengannya kita mampu untuk berkata-kata, membaca atau menyebut dan merasai makanan sebagai salah satu nikmat di atas dunia ini.

Bagaimanapun, nikmat lidah ini juga perlulah dijaga dengan sebaiknya supaya kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT sekali gus mengganggu perjalanan seorang hamba kepada pencipta-Nya.

Dalam satu riwayat, daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) dan nabi kaitkan hadis ini dengan rukun iman yang paling tinggi iaitu beriman kepada Allah menerusi sabdanya, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat…” Ia membuktikan besarnya tanggungjawab menjaga lidah sehinggakan di beri peringatan jika tidak ada sebarang keperluan untuk berkata-kata, diam adalah jalan terbaik.

Dari Ibnu Abbas r.a, Baginda nabi SAW suatu hari tatkala berjalan melewati dua buah kuburan, tiba-tiba Rasulullah mematahkan pelepah kurma dan ditanamkan di atas kubur. Lalu sahabat bertanya, ”Wahai, Rasulullah. Mengapa Rasul melakukan ini?”  lantas Baginda  bersabda, ”Sungguh keduanya sedang disiksa. Mereka disiksa bukan karena perkara besar (dalam pandangan keduanya). Salah satu dari dua orang ini semasa hidupnya tidak beristinja’ dengan sempurna. Sedangkan yang satu lagi, dia tidak menjaga lidah dengan menfitnah dan  mengadu domba.”

Tidak menjaga lidah dalam berkata-kata boleh dikategorikan sebagai kufur atas nikmat Allah kerana ramai lagi manusia yang Allah kurniakan lidah tetapi tidak boleh bercakap. Dalam pada itu, ada individu yang fasih bercakap tetapi kelu pada waktu-waktu tertentu. Justeru, syukuri nikmat lidah dan kemampuan berbicara dengan menjaga kata-kata.


Rujukan:

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/592940/lidah-utusan-hati-pancaran-akal

https://ikimfm.my/adab-menjaga-lidah/