Sunday 4 February 2024

Masjidil Haram di Mekah dan masjid Nabawi di Madinah adalah milik orang Islam

 Kita sebagai seorang muslim mesti berpegang bahawa setiap rumah Allah iaitu masjid2 di serata dunia adalah hak orang2 Islam. Maka tidak wajar seorang yang kafir ingin mengambil alih masjid tersebut. 




Begitu juga dengan masjid Al-Aqsa di Palestin yang terkenal sebagai masjid ke3 terpenting dalam agama Islam. Solat di dalam Masjidil Haram mendapat ganjaran pahala 100,000, solat si dalam Masjid Nabawi mendapat pahala yang digandakan sebanyak 1000 kali, dan solat di masjid Al-Aqsa mendapat pahala yang digandakan hingga 500 kali. Tentunya ada rahsia fadhilat solat di sana yang melayakkan ganjaran pahala sangat besar.


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Solat seseorang di rumahnya adalah satu solat; solatnya di Masjid umatnya mendapat pahala 27 solat; sembahyangnya di Masjid yang dikerjakan sembahyang Jumaat mendapat pahala 500; solatnya di Masjid Al-Aqsa (yakni masjid Al-Aqsa) mendapat pahala 500 solat; solatnya di Masjidku (Masjid Nabi SAW di Madinah) mendapat pahala 1,000 solat, dan solat di Masjidil Haram (Masjid Al Haram) mendapat pahala 100,000 solat”. (Tirmidzi, Ibnu Majah)

Para ulama’ berbeza pendapat, adakah gandaan pahala tersebut khusus untuk solat sahaja, atau juga pada amalan-amalan soleh yang lain. Pendapat yang sahih adalah ia bersifat umum.

Para ulama’ juga berbeza pendapat mengenai gandaan pahala, adakah hanya terbatas pada Masjid al-Haram sahaja, atau mencakupi tanah haram secara umum? Pendapat yang sahih adalah mencakupi keseluruhan tanah haram.


Ya Allah, berilah kemenangan kepada umat Islam di Gaza yang telah dicerobohi oleh orang zionis Yahudi dan disokong kuat oleh sekutu nya . Hanya Engkaulah ya Allah tahu rahsia dan hikmah di sebalik apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment