Sunday 18 February 2024

Menyelia pelajar projek 1: minggu ketiga



Khamis ini ada minggu ketiga, sepatutnya student projek dah jumpa 3 kali. Tapi minggu pertama cuti israk mi'raj, dan aku pulak mc minggu tu sebab masih belum sihat setelah pulang daripada mengerjakan umrah.

Aku ingat minggu kedua adalah untuk membantu mereka memastikan menyediakan tajuk FYP yang sesuai. Tapi tup2 depa ada bengkel penulisan projek. Jadi tangguh minggu ni lah.

Nampaknya agak terlewat bagi pelajar menyediakan tajuk mereka. Tapi takpelah baru projek 1.  Khamis ni mereka mesti dah beli logbook. Aku juga dah mintak mereka menyediakan 3 tajuk dan aku selaku sv akan bersama-sama mereka memilih tajuk FYP.

Mudah-mudahan pelajar2 yang aku dapat ni adalah pelajar yang mahu belajar dan boleh berdikari.

No comments:

Post a Comment