MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua.
Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula
menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk
menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda?
Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda
rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur.
Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat
yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air
bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan
kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh
dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah,
cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the
tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh
minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali.
Anda akan nampak keberkesanannya.
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment