Thursday 21 February 2013

teka teki 4

  1. Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?
    Jawapan: Kuda yang berbaris-baris
  2. Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
    Jawapan: Kuih Donut
  3. Banyak-banyak kuih, kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah?
    Jawapan: Kuih salah resepi
  4. Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?
    Jawapan: Lembu yang hilang… kalu tak hilang orang tak cari punya
  5. Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....?
    Jawapan: Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.hahahahaha
  6. Banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati?
    Jawapan: Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia
  7. Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
    Jawapan: Sungai Besi...Alaa sungai yang kat selangor tu.
  8. Banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
    Jawapan: Air terjunnnn!!!
  9. Banyak-banyak huruf, huruf mana yang boleh kahwin...
    Jawapan: I dan U leee..
  10. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu?
    Jawapan: Ikan Sadin dalam tin. Sebab tak keluar-keluar, dalam tin je..
  11. Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diankat?
    Jawapan: Kotak Penalti
  12. Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin?
    Jawapan: Orang-orang
  13. Banyak-banyak gurun, gurun mana tanamannya subur?
    Jawapan: Gurun, Kedah
  14. Banyak-banyak cecair, cecair apakah yang menjadi beku bila dipanaskan?
    Jawapan: Telur
  15. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati????
    Jawapan: SRIGALA kerana Srigala suka lolong melolong

No comments:

Post a Comment