* 6 ekor ikan kembung
* 2 biji timun - dipotong
* 4 biji cili hijau/ merah
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air panas)
* 1 sudu makan serbuk cili
* 2 cawan santan pekat
* 2 keping asam gelugur
* air secukupnya
* garam secukupnya
* daun kari secukupnya
* minyak untuk menumis secukupnya
Cara- cara
2. Tumis bahan dikisar hingga wangi.
3. Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
4. Masukkan sedikit air, santan, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih.
5. Jika dah mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
6. Bila Ikan dah masak boleh masukan timun dan cili merah/hijau.
7. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment