Wednesday, 20 February 2013

Resepi: Kuih Lompang Jagung Krim

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 2 cawan tepung beras } diayak
  • 4 sb tepung kanji/ubi } bersama
  • 1 tin jagung krim* (425g)
  • 1 cawan gula halus* (akak guna 3/4 cwn)
  • 4 cawan air*
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur (opt)
  • 1/2 sk esen jagung (opt)
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Panaskan dahulu acuan lompang yang disapu minyak di dalam periuk kukusan.
  2. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan dengan bahan2 yang lain sambil dikacau sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan lompang tadi.
  4. Kukus kuih selama 15 min. Sejukkan kuih dan boleh dihidangkan dengan kelapa parut kukus.

No comments:

Post a Comment