Saturday, 23 February 2013

Sajak 3: Erti Istiqamah

from: http://kawansejati.org/sajak/erti_istiqamah


Marilah kita mempelajari erti istiqamah
Agar kita faham, hayati dan laksanakan di dalam kehidupan
Erti istiqamah tetap pendirian di atas kebenaran
Tetap di atas keyakinan yang diwajibkan
Berterusan membuat kebajikan yang telah diamalkan
Yang wajib ditinggalkan, terus ditinggalkan berpanjangan
Apabila diperjuangkan apa yang disebutkan, terus-menerus diperjuangkan, tidak ada perhentian
Itulah dia erti istiqamah di dalam Islam
Istiqamah ada dua bahagian
Yang lahir dan yang batin, atau yang bersifat fizikal dan yang bersifat rohaniah
Yang lahiriah sebagai contoh, jika sudah bersembahyang, terus-meneruslah bersembahyang
Kalau sudah berpuasa dan lain-lain amalan dibuat berterusan
Begitulah amal kebajikan yang lain-lainnya sekelipun yang sunat, amalannya berterusan tanpa ditinggalkan
Istiqamah amalan lahir agak mudah dan senang
Tapi sangat susah bagi kebanyakan orang
Adakalanya istiqamah, adakalanya tidak dapat dilakukan
Jika yang lahiriah, yang mudah pun, payah dan susah melakukan istiqamah berpanjangan
Yang batin atau yang bersifat rohaniah lagilah susah dan payah mengamalkan
Kita buat beberapa contoh untuk difaham, sebagai panduan
Takutkan Tuhan diperintah, kadang-kadang takut, kadang-kadang bukan sahaja tidak takut bahkan dilupakan
Cintakan Tuhan disuruh, kadang-kadang dirasakan, adakalanya hilang di dalam perasaan
Keyakinan dengan perkara yang diwajibkan, kadang-kadang teguh pegangan, adakalanya longgar keyakinan
����..Tuhan tentang rezeki, kejayaan dan kemenangan di masa depan
Adakalanya menjadi pegangan, di waktu yang lain pula goyang
Rasa bertuhan, dan rasa kehambaan di waktu-waktu tertentu ada di dalam perasaan, di waktu yang lain perasaannya hilang
Di setengah-setengah ketika boleh merendah diri, di setengah-setengah masa menyombong pula
Kasih sayang sesama manusia kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang
Kadang-kadang bertimbang rasa, adakalnya hati merasakan peduli apa demean mereka
Lebih-lebih lagi ikhlas amat susahnya hendak istiqamah
Selalu sahaja apabila membuat kebaikan sedikit sangat kerana Tuhan, kebanyakannya kerana diri
atau selain Tuhan
Inilah dia erti istiqamah, dan payah sangat beristiqamah
Kerana istiqamah itu adalah sifat para wali
Di dalam kitab dikatakan, janganlah engkau meminta kewalian, tapi mintalah istiqamahIstiqamah
sangat diperintah sekalipun amalan itu sedikit, itu lebih baik daripada amalan yang banyak tapi
tidak istiqamah

No comments:

Post a Comment