Antaranya ialah:
* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau
sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka
tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.
Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh
otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru.
Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu
daya ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan
menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk
menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda
tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas.
Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca
Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai
dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi
sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika
kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita
dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat
kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli
makanan tambahan.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran
darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih
baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria.
Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa.
Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda
tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum
menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan
tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan
sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan
pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa
arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang
baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit,
atau menghadiri ceramah dan motivasi.
InsyaAllah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!
from: http://petuakecantikansihat.blogspot.com/
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment