Saturday, 23 February 2013

Sajak 10: ~* ALANGKAH INDAH ~*


Alangkah indah.
Jika aku sebaik SITI KHADIJAH.
Dapat menguatkan suami dengan harta dan cinta.
Untuk perjuangan menegakkan agama ALLAH.

Alangkah indah.
Jika aku sepemurah SAYYIDATINA ‘AISYAH.
Mencari-cari hatta sebiji kurma.
Untuk di sedeqahkan di jalan ALLAH.

Alangkah indah.
Jika aku seperti RABIATUL ADAWIYAH.
Mengintai cinta suci kepada ALLAH.
” Katanya : Daku menyembah bukan mengharapkan Syurga MU bukan juga takut akan Neraka MU.
Tetapi kerana rindu ku pada MU.

Alangkah indah.
Cinta hanya kerana ALLAH.
Alangkah indah..
Bagi diri aku yang lemah..
Jika dapat tabah.
Mencari redha ALLAH.
Insyaa Allah.
Alangkah indah....

No comments:

Post a Comment