Wednesday, 20 February 2013

lirik lagu Batinku Berlagu Pilu Jamal Abdillah

Di mana
Langkah terhenti
Di situlah akan tertumpu
Pandangan yang keliru
Bicara menikam hatiku

Tak guna
Aku bersuara
Cuba tegakkan kebenaran
Tetapi kelemahan ada pada diri ini
Yang hangat menjadi bualan

Sebenar kita ini serupa sahaja
Yang ada kelebihan serta kekurangan
Pada mata zahirnya kau berpunya
Tapi hatimu berlagu pilu

Sungguh pun laluan ku sering terhalang
Kerana kejujuran yang ku pertahankan
Biar pun lambat
Biar tertekan
Penghujunganya adalah ketenangan

Biar penghinaan datang bertandang
Dan kepedihan ku rasa sampai tulang
Aku berkeyakinan keikhlasan
Pasti mengatasi keegoan mu

Sungguh pun laluan ku sering terhalang
Kerana kejujuran yang ku pertahankan
Biar pun lambat
Biar tertekan
Penghujungnya adalah ketenangan

Mungkinkah
Sudah tertulis
Tiap jurang yang aku daki
Dan cerun ku turuni
Pastinya ke temui
Jalan lurus berduri di hati

No comments:

Post a Comment