Saturday, 23 February 2013

Sajak 5: Dengarlah Rintihanku

from: http://kawansejati.org/sajak/dengarlah_rintihanku


Tuhan! Dengarlah rintihanku
Kabulkanlah doaku
Dengan rahmat-Mu ampunkanlah dosa-dosaku
Kesilapan dan kelemahanku maafkanlah aku
Pimpinlah aku selalu
Jika aku terlupa dan terlalai ingatkanlah aku
Dengan rahmat-Mu doronglah aku bersyukur kepada-Mu
Segala ujian yang menimpaku kurniakanlah kesabaran padaku
Tuhan, tadbirlah perjalanan hatiku mengikut kehendak-Mu
Mentadbir hati memang sangat sulit
Kalaulah bukan pertolongan-Mu dan bantuan-Mu
Bisikannya selalu menyalahi kehendak-Mu
Tuhan! Dunia selalu sahaja mempesonaku
Nafsu selalu sahaja cenderung ke arah itu
Syaitan selalu sahaja mempedayaku
Kalaulah bukan petunjuk-Mu selalu sahaja aku tersesat daripada jalan-Mu
Tuhan! Kalaulah bukan hidayah dan taufiq dari-Mu
Tidak mampu aku berjalan lurus mengikut kehendak-Mu
Pimpinlah aku selalu, tolonglah aku setiap waktu
Agar hidup matiku kerana keredhaan-Mu

No comments:

Post a Comment