layari juga: kerjaya-sebagai-pendidik
http://perindu-syahidabadi.blogspot.com
Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah,
Menjalinkan sebuah cinta yang agung,
Manginfakkan hartanya untuk fisabilillah.
Aku ingin sepatuh Fatimah,
Yang sentiasa akur tanpa menolak perintah,
Aku kagumi gedung ilmu Siti Aisyah,
Mahukan kejayaan mengiringi langkah.
Aku ingin menyelami ketabahan Siti Hajar,
Di padang pasir yang merekah,
Mengendong putera yang masih merah.
Tidak aku ingin menjadi wanita penggoda,
Fitrah dari sejarah Zuklaikha.
Jiwa ku ingin sekudus Rabiatul Adawiyah,
Tenggelam asyik dalam nikmat ubudiyah.
Ingin aku secekal Zainab Al-Ghazali,
Terkurung jasadnya di celah jeriji,
Teguh menjunjung akidah suci.
Tetapi aku hanyalah perawan..
Yang jiwanya tidak sekental Asma’
Belum teruji dengan deraian airmata Atiqah,
Yang mampu tersenyum dengan tabah.
Namun izinkan aku Ya Allah..
Izinkan aku menjadi wanita solehah,
Izinkan aku menjadi sayap kiri perjuangan,
Yang rela mati dalam keunggulan iman,
Kerana Islam merindukan kemunculan,
Muslimah, mukminah, mujahidah
Mewarisi kegemilangan serikandi ummah..
Izinkan aku Ya Allah..
Menjadi penyemarak obornya…
No comments:
Post a Comment