Saturday, 30 March 2013

Puisi 51: Muhasabah hati(terima kasih Allah)

Tuhan,
Terimakasih atas segala cubaan yang menderaku
Pada saat-saat terakhir ini
Ku yakin itu tanda kasih sayangMu
Bahawa Kau percaya jika aku mampu memikulnya
Bahawa Kau ingin aku selalu dekat denganMu
Bahawa jika aku sabar ini adalah penggugur dosa-dosaku

Terimakasih ya Allah,
Kau telah tegur aku, saat aku terlena
Maka kuatkanlah iman islamku
Kuatkanlah hatiku menghadapi semua cubaan ini
Berilah aku kesabaran dan keikhlasan menjalani keputusanMu

Ya Allah,
Biarkan aku menjadi kekasihMu
Kuingin bermanjaan berdua saja denganMu
Biarlah ku curahkan isi hati hanya padaMu

Kuatkan aku, ikhlaskan aku…
Begitu pula dengan kedua ibubapaku
Berilah mereka kekuatan dan kasih sayangMu
Agar kami boleh saling bantu-membantu
Saling menguatkan
Meminta jalan yang terbaik bagi kami



Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

No comments:

Post a Comment