Wednesday, 27 March 2013

Puisi 38 : CINTA ILAHI CINTA INSANI




Ku lihat langit biru,
Tiada cinta yang ku temu,
Melainkan hanyalah satu,
Cinta DIA Pencipta diriku.
Kala ku terasa sepi,
DIA lah pengubat hati,
DIA lah bawa ku kenali,
Sinaran ‘Cahaya’ hidup ini.
Ya Ilahi ku bersyukur pada Mu,
Gelapnya hidupku dulu 
kini disinari ‘cahaya’ itu,
Harapan di hatiku kini cuma satu,
Moga ‘cahaya’ itu terus menyuluhi kehidupanku.
Pabila ku jalani liku-liku hidup ini,
Tidak ku sedari hadirnya cinta insani,
Mula mengetuk pintu hati ini,
Tika ku serah segala pada Ilahi.
Tika bunga-bunga cinta ku hanya buat Ilahi.
Penuh harap ku berdoa pada Mu Ya Rabbi,
Sucikanlah cinta di hati hamba Mu ini,
Dari debu-debu dosa duniawi,
Dan bukan cinta dinodai nafsu,
Bahkan cinta ini suci hanya kerana Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud atas sejadah cinta Mu,
Merintih merayu mengharap petunjuk Mu,
Agar cinta ini bukan cinta palsu,
Iringkanlah cinta ini bersama bunga redha Mu,
Moga kekal abadi hingga ke syurga Mu.

No comments:

Post a Comment