Sunday, 24 March 2013

Puisi 21: DIA ISTERIMU(mengertilah)

Layari doa munajat: usrati27-2-14: doa munajat youtube
                                 doa-munajat-ustazah-norhafizah-musa

 
WaHaI suami mEnGeRTiLaH HaTi isterimu

Andainya
sang suami tahu, dalam hati seorangisteri
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta ditemani kesedihannya,

Andainya
sang suami tahu rajuk seorang isteri minta dipujuk,
Marah seorang isteri perlu didekati,
Sedih seorang isteri perlu didengari,
Gembira seorang isteri ingin dikongsi,

Andai sang
suami tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai sang suami tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang isteri,
Wujudkah cinta itu di hati sang suami,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2 


 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment