Friday, 29 March 2013

Puisi 41: Muhasabah hati (keredhaanMU)

Duhai kalbu..
Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..
Walau pada haqnya..
amat lancar melontarkan kata-kata..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…
Tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasad sedaya upaya menangkis semua itu daripada berpucuk di hati…
Tapi apalah qudrat seorang hamba..
ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Saat kuat tiada maknanya seketika..
Hakikat insaniah yang lemah…
Merungkai kebenaran…
Ya Allah yang Maha Kuasa..
Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..
Kerana mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat di sebalik ujian…
Dan nikmat di sebalik musibah..
Kugagahi jua perjalanan ini..
Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang Maha Mendengar..
Ketentuan dan ketetapan…
Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…
Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..
Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..
Keutamaan cinta yang kekal abadi…

No comments:

Post a Comment