Wednesday, 27 March 2013

Puisi 35: IKHLAS MELEPAS KAN MU


IKHLAS MELEPAS KAN MU

Maaf jika ku harus hapuskan kenangan tentang dirimu
Kerana mungkin hanya itulah yang terbaik untukku
Saat kau telah pergi meninggalkanku
Sisakan luka yang begitu dalam untuk hatiku
Maaf jika ku takkan lagi ada untuk perjalanan hidupmu
Kerana ku tak ingin lagi terjerat oleh manis tutur ucapmu
Saat semua telah begitu tak bererti kau hina diriku
Tercampakkan aku pada putaran waktu yang terus berlalu
Walau ku sedari aku masih tak mampu
Berikan semua yang hatimu mahu
Hingga begitu mudahnya kau khianati aku
Tanpa pernah kau pedulikan betapa pedihnya penderitaanku
Kini ku izinkan untuk kau berlalu
Dan pergilah bersama dia yang mungkin mampu membahagiakanmu
Meski terasa perih ku untuk merelakanmu
Dan lupakan semua kenangan terindah saat bersamamu

No comments:

Post a Comment