Friday, 31 January 2014

Ibubapa: Peraturan menonton TV untuk Anak-anak

layari juga
                  bagaimana-untuk-sembuh-dari-perkataan yang menyakitkan
                  bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga


Mula pada usia muda 
"Lebih cepat anda menetapkan sempadan2, adalah lebih baik", kata Shelley Pasnik , seorang Pengarah di Bhgn Pembangunan Pendidikan di New York." Realitinya adalah bahawa kanak-kanak adalah insan yang bersosial," kata Pasnik , "Semakin lewat, semakin  banyak mereka berkembang sebagai manusia , ibu bapa yang kurang mengawal anak2, menyebabkan mereka mempunyai lebih  pilihan terhadap apa yang mereka buat , sama ada bermain watak khayalan atau jenis interaksi sosial mereka."Apabila membincangkan tentang kanak2  menonton TV , lebih awal anda mewujudkan garis panduan dan peraturan , lebih mudah untuk mengawal mereka."Walaupun Akademi Pediatrik Amerika mencadangkan menghadkan jumlah masa anak anda menghabiskan di hadapan TV untuk satu atau dua jam sehari (tetapi tiada langsung masa menonton TV untuk kanak-kanak di bawah umur 2), Pasnik membangkang tindakan ini, sepatutnya ibubapa berfikir tentang apa peranan yang dimainkan olehTV  dalam kehidupan anak anda dan bagaimana untuk men'arah'kan pengaruh tersebut untuk kepentingan pendidikan.

Rancangan yang berbeza untuk Peringkat umur yang berbeza 
Umur anak anda akan menentukan apa yang dia boleh/mahu menonton dan seterusnya , membantu anda menentukan yang mana sesuai untuk  pembangunan anak2, Pasnik berkata. " Olivia ", " Barney & Friends " dan " Sesame Street" memenuhi set anak kecil . ( Elmo , mungkin boneka merah yang paling terkenal di planet ini , telah direka dengan personaliti kanak2 yang berusia 3 tahun, manakala raksasa Grover pada usia 4 tahun).Bagi kanak-kanak yang sedikit lebih tua , siri " WordGirl ," yang menampilkan heroin cerdas yang mewah dgn perbendaharaan kata, menyeronokkan, atau rancangan berorientasikan sains  seperti " “Bill Nye the Science Guy” and “Beakman’s World” adalah popular di kalangan orang dewasa dan penonton remaja."Jika anak-anak melihat watak di TV, mereka benar-benar mahu menjadi watak itu, ".Sebagai contoh “Super WHY!”yang popular. (Dia mengajar anak-anak bagaimana untuk menulis surat menggunakan 'Magic Spelling Wand 'beliau. ) " Jadi, anda perlu memilih, kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran dan minat yang sama. Dan anak-anak akan meniru segala-galanya. "
 
Jadualkan masa Kanak-Kanak Menonton

 Sebagai peraturan,  ibu bapa sepatutnya mengelakkan rancangan yang ada watak-watak yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan konflik . Ibu bapa boleh menyekat kandungan yang boleh mengelirukan dengan menggunakan  teknologi  yang membolehkan mereka  untuk memaparkan hanya program TV yang boleh dianggap sesuai untuk kanak-kanak.Ibubapa juga boleh memilih program dan menonton terlebih dahulu." Biarkan mereka tahu lebih awal rancangan tertentu yang mereka tonton kerana mereka juga perlukan masa untuk mandi , makan malam , atau masa tidur, ". Berikan anak2 peranan untuk mematikan suis TV. "

Kaedah Kawalan  lain 
Atau , anda boleh menyembunyikan 'remote control' atau di mana anak-anak tidak boleh sampai.Ibubapa boleh merangka "kontrak/perjanjian " dengan anak-anak supaya mereka tidak boleh mengambil kesempatan daripada keistimewaan menonton TV yang telah ditetapkan. "Mereka tidak dapat menonton TV secara percuma. Sentiasa ada satu perjanjian yang sama ada mereka telah menyelesaikan beberapa tugasan, seperti kerja rumah atau bersiap sedia untuk tidur, dan mereka perlu berjanji tidak akan meragam apabila tiba masanya untuk mematikan TV. "
Tontonlah TV bersama  anak2 anda. " Tanya soalan yang menggalakkan anak anda untuk mencipta dialog sendiri atau mengubah plot. Beberapa permulaan perbualan TV seperti, ' Watak yang mana anda ingin menjadi ? ' ' Jika anda boleh membentuk satu cerita baru dengan watak-watak yang sama , bagaimana kisah anda berakhir? ' Gunakan apa yang mereka lihat pada skrin sebagai batu loncatan untuk aktiviti-aktiviti lain."

  layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

No comments:

Post a Comment