Thursday, 30 January 2014

7 Cara Menghormati Ibu bapa anda

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

layari juga peraturan-menonton-tv-untuk-anak-anak
                  bagaimana-untuk-sembuh-dari-perkataan yang menyakitkan

                  bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga
Islam telah memberikan panduan dan contoh2 para sahabat bagaimana menghormati ibu bapa...



Mari kita lihat contoh2 di bawah pulak

Batas sempadan

    
Apabila ibu bapa mewujudkan sempadan , tunjukkan kepada mereka anda menghormati mereka dengan tidak melewati sempadan. Cara ini  sesuai untuk kedua-dua kanak-kanak yang kecil dan besar. Satu batas sempadan ibu bapa anda seperti anda perlu mengetuk sebelum memasuki bilik mereka

Ralat: silap surah (bukan terdapat dalam surah Al-Hujurat masa2 tersebut sebenarnya).  

Pembetulan, Firman Allah Bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nuur 24:58


"Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nuur 24:59)

 Untuk menunjukkan rasa hormat , ikut peraturan ini setiap kali anda perlu masuk ke dalam bilik mereka. Anak2 yang lebih tua atau dewasa, boleh menunjukkan rasa hormat kepada batas sempadan ibu bapa anda dengan mengikuti apa yang mereka telah berikan. Jika, sebagai contoh , ibu bapa mengharapkan anda untuk menelefon sebelum singgah rumah mereka , pastikan anda menelefon dulu.


Menghormati Harta mereka

    
Satu lagi cara untuk menunjukkan rasa hormat adalah untuk menghormati apa2 kepunyaan ibu bapa anda sendiri. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, ini mungkin bermakna tidak menyentuh barang-barang berharga ibu bapa mereka sendiri. Bagi yang telah dewasa, menghormati harta ibu bapa mereka mungkin bermakna mengembalikan pemotong rumput mereka jika anda meminjam (dalam keadaan yang sama seperti semasa mereka memberi pinjam dahulu).


Ketepatan masa
    
Muncul tepat
pada setiap masa . Selalunya ada antara ahli keluarga yang selalu lewat untuk segala-galanya. Bukannya seperti itu untuk menunjukkan rasa hormat, sebaliknya berada di mana anda sepatutnya pada masa yang tepat. Bagi remaja , contohnya keluar setelah solat asar dan pulang ke rumah sebelum maghrib. Bagi orang dewasa ,seperti tiba pada masa yang tepat di rumah ibu bapa untuk menjemput ibu/bapa untuk temu janji doktor . 

Raikan Dengan Mereka
    
Satu lagi cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa anda adalah seperti memperingati hari kelahiran mereka , ulang tahun dan hari-hari istimewa yang lain. Membuat perancangan untuk membawa mereka  makan tengah hari atau makan malam atau bakar kek atau biskut. Ramai ibu bapa tidak pernah mengharapkan anak-anak mereka untuk membeli hadiah untuk mereka, tetapi hadiah buatan tangan sentiasa dihargai . Pada hari lahir ibu bapa anda , tunjukkan rasa hormat anda kepada mereka seperti dengan membawa mereka  makanan masakan anda sendiri.

Berlemah-lembut
     Gunakan perkataan yang sopan dan berlemah-lembut dan menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada ibu bapa anda sebagai satu cara menghormati mereka. Biarkan mereka tahu anda menyayangi mereka dengan memberitahu mereka dan menunjukkan kepada mereka. Mendengar apabila mereka bercakap untuk menunjukkan bahawa anda menghormati apa yang mereka katakan dan anda melihat kepada mereka. Jangan sekali-kali membalas/ melawan cakap  ibu bapa anda, tetapi sebaliknya menunjukkan kepada mereka yang anda mendengar penuh minat dan mengikuti nasihat mereka. Jika kata2 mereka salah dan anda ingin memperbetulkannya, gunakan nada yang rendah...


Jangan mengungkit2 

Ada sesetengah anak2 yang mengungkit2 pemberian mereka. Ingatlah, walaupun anda membelanjakan wang yang begitu banyak sekalipun atau berkorban tenaga dll, tidak mungkin akan menyamai pengorbanan mereka terhadap anda semasa anda kecil dahulu. Bayangkan apa perasaan mereka jika kata2 ungkitan tersebut sampai didengari mereka.

Mendoakan mereka

Di dalam Al- Quran telah tertulis doa2 yang kita patut pohonkan kepada Allah. Mudah2an kita senantiasa berada di jalan yang lurus.... Amin 

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi 

2 comments: