Sunday, 24 March 2013

Puisi 23: DIA ISTERIMU (tgjwbmu)

Wahai sang suami  
 jika isterimu,
jika
isterimu leka dengan duniawi..
tolong bisikkan kepadanya
tentang alam akhirat
Wahai sang suami,

 jika kau lihat isterimu dalam kesepian
maka tolong beritahu
isterimu bahawa Dia sentiasa bersamanya
di kala
isterimu sepi dan sedih...
Wahai sang suami,

 jika isterimu sentiasa dalam kesedihan dan selalu mengenang nasib diri
tolong khabarkan kepada
isterimu bahawa ada insan di luar sana
lebih malang darinya
...
Wahai sang suami,

jika kau sedar isterimu, sedang dalam kelemahan...
tolong beritakan kepada
isterimu, bahawa dirinya yg membuat dia lemah..
keadaan sekelilingnya hanyalah ujian semata-mata...
maka pohonlah kekuatan dariNya,
agar Dia memberinya kekuatan semula..

Wahai sang suami,

 jika kau lihat isterimu dalam kegelapan
maka tolong berikannya penyuluh agar
isterimu dapat merasai cahaya..Wahai sang suami,
jika
isterimu sering mengeluh kesah..
maka nasihat kannya supaya
isterimu, menjadi hambaNya yg x pernah putus akan kesyukuranNyaWahai sang suami,isterimu berharap kau dpt tiupkan kembali semangat nya yg semakin pudar...
agar dia bisa melalui liku2 hidup ini...
kerana perjalanan ini masih panjang..
jika kini dia tersungkur lemah,
tidak pernah dia bayangkan apa bakal terjadi pada akan datang..
kerana ia adalah milik Maha Mengetahui...

No comments:

Post a Comment