layari juga: kerjaya-sebagai-pendidik
Diri ini sedar bahawa diri ini bukanlah insan sempurna..
Jika cantik yang dirimu dambakan, maka itu bukan aku..
Jika bijak yang dirimu inginkan, maka itu bukan aku..
Jika solehah yang dirimu mahukan, maka itu juga bukan aku..
Aku manusia yang sedar kekurangan diri..
Bolehkah engkau membantuku??
Ya, dirimu yang aku maksudkan……………..
Ya, dirimu yang aku maksudkan……………..
Aku wanita yang sedang mendaki tangga-tangga untuk memperbaiki kekhilafan diri..
Aku wanita yang mengharap dirimu memimpin aku keluar dari persoalan yang menghimpit diri..
Aku wanita yang dambakan seorang imam yang mampu mengimarahkan solatku..
Aku wanita yang tercari-cari makna cinta hakiki..
Maka, bimbinglah aku…………….
Aku wanita yang ingin dicintai dan mencintai..
Ya, itulah lumrah alam..Normal bagi seorang manusia..
Fitrahnya sememangnya begitu bukan??..
Fitrahnya sememangnya begitu bukan??..
Aku tahu di sebalik alimnya dirimu,
engkau juga gemar bergurau senda, bukan serius semata-mata..
engkau juga gemar bergurau senda, bukan serius semata-mata..
Bukankah bergurau senda juga aktiviti Nabi bersama isterinya??..
Hidup tanpa bergurau senda, Hilanglah nikmat cinta..
Bukankah begitu?
Bukankah begitu?
Aku tahu di sebalik diammu,
ada rasa yang sedang engkau sembunyikan..
ada rasa yang sedang engkau sembunyikan..
Aku tahu di sebalik ilmu yang engkau miliki, engkau juga gemar berkongsinya dengan diriku..
Didiklah aku untuk menjadi yang lebih baik..
Tegurlah aku jika ada khilaf di sana sini..
Maafkan aku jika engkau terasa hati..
Sudah kukatakan, aku bukan insan sempurna..
Engkau juga tidak sesempurna mana..
Namun akan kuterima kekuranganmu dan menjadikannya sebagai kelebihanmu kelak..
Hasil Nukilan:
NaD NaDiEyAh ALi
NaD NaDiEyAh ALi
No comments:
Post a Comment