Monday, 26 August 2013

Jom tukar ke Lampu LED: Menjimatkan elektrik dan mesra alam

Layari doa munajat: usrati27-2-14: doa munajat youtube
                                 doa-munajat-ustazah-norhafizah-musa
Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa penggunaan lampu LED lebih menjimatkan. Walaupun dijual pada harga yang mahal sebenarnya sebiji LED yang dibeli di kedai elektronik lebih kurang 20sen saja. Mungkin sebab ini trend baru, maka harga lampu LED di pasaran adalah agak mahal.

Namun begitu, penggunaan lampu jenis LED  ini dapat menjimatkan elektrik di antara 60-80% dari biasa.
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Sekiranya anda telah lama menduduki rumah tersebut, tentu lampu yang anda gunakan kebanyakan bukan daripada jenis di atas. Tetapi jika berlaku kerosakan contohnya lampu 'downlight', apalah salahnya untuk jangkamasa yang lama beli saja mentol LED walaupun harga sebiji lebih kurang RM40-50. Selain daripada menjimatkan elektrik penggunaan lampu LED lebih mesra alam kerana tidak mengandungi merkuri.

Sekiranya berlaku kerosakan, kita tidak akan mencemarkan alam sekitar.  Bulb Lampu  lama anda jika dibuang sebenarnya agak merbahaya kerana kandungan merkuri tersebut walaupun sedikit. Andaikan di taman tempat tinggal anda ada 1000 buah rumah, walaupun setiap rumah hanya membuang 1 mentol lampu yang rosak, bayangkan kandungan merkuri pada alam sekitar...

Lampu 'Downlight ' LED


Kenapa perlu bertukar ke lampu LED?
Lampu jimat tenaga yang biasa kita kenal dengan sebutan lampu neon, lampu CFL (Compact Fluorescent Lamp), lampu TL (Tube Luminescent) merupakan lampu yang banyak digunakan untuk menggantikan lampu pijar. Hal tersebut disebabkan untuk menghasilkan terang yang sama lampu neon memerlukan kuasa elektrik yang lebih sedikit berbanding dengan lampu pijar, dengan menggunakan lampu neon kita boleh menjimatkan tenaga 80%, mengurangkan pelepasan gas CO2 dan mencegah global warming.

Lampu pijar menyala kerana adanya kawat tipis yang dialiri elektrik sehingga akan timbul panas, yang kemudian membara dan akhirnya menyala. Sedangkan lampu neon, merupakan lampu yang didalamnya berisi gas merkuri (air raksa) dan balang bersalut bahan fluoresen, elektrik digunakan untuk mencipta loncatan elektrik seperti petir mini.


Loncatan petir mini ini menyebabkan tenaga gas merkuri meningkat, hal ini tidak berlangsung lama kerana kemudian tenaga gas merkuri tersebut dilepaskan dan menghasilkan suatu cahaya ultraviolet. Ultraviolet tersebut kemudian mengenai bahan fluoresen sehingga terjadi pendafluoran dan menghasilkan cahaya warna putih terang.


 Lampu Neon 

Bahan merkuri dari lampu neon ini yang berbahaya apabila terkena atau masuk ke dalam tubuh manusia. Apabila lampu ini pecah, bahan logam merkuri boleh mencemarkan bilik dan mengancam kesahatan manusia. Kadar pencemaran merkuri boleh bertahan 5 jam pada ruangan tertutup, kerana berbahaya maka bayi dan ibu hamil harus segera keluar, dan tingkap harus segera dibuka selama 15 minit agar gas merkuri boleh hilang dari dalam bilik. Merkuri merupakan suatu logam yang apabila terkena pada kulit boleh menyebabkan ruam, sedangkan apabila tersedut boleh menyebabkan sakit kepala, dan mencetuskan kejang pada pesakit epilepsi. Kadar merkuri sebenarnya cukup kecil, hanya sekitar 1-5 mg pada setiap bola lampu CFL dan tidak terlalu berbahaya jika segera tersapu angin. Namun di ruangan tertutup yang tidak ada angin, kadarnya boleh meningkat 20 kali ganda sehingga sangat membahayakan.Sebuah kajian di Fraunhofer Wilhelm Klauditz Institute mengungkap bahawa bola lampu CFL yang pecah dapat meningkatkan kadar merkuri di udara tertutup hingga 7 mikrogram/cm3. Sementara batas aman yang tidak membahayakan adalah 0.35 mikrogram/cm3. Pada waktu membersihkan pecahan lampu neon ini juga hendaknya menggunakan pelindung tangan untuk menghindari dari terkena dengan logam merkuri yang terdapat dalam di dalamnya.


                     Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-c  


No comments:

Post a Comment